Senarai Peserta AF2016 Akademi Fantasia

Senarai Pelajar Akademi Fantasia (AF2016). Nak tahu senarai peserta AF 2016 kali ini yang bakal menngikuti jejak langkah Sufi sebagai Juara AF? Program realiti hiburan popular AF2016 (Minggu ke 13) akan kembali lagi dan akan mula bersiaran secara langsung dan eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula 21 Ogos 2016 jam 9 malam. Liputan Harian Diari AF 2016 yang menayangkan rutin harian pelajar pula akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 630 petang bermula 15 Ogos 2016.

Senarai Pelajar AF2016 Akademi Fantasia

Senarai Penuh Peserta AF2016 Akademi Fantasia

Berikut adalah serba sedikit informasi berkenaan dengan Konsert Akademi Fantasia AF2016 :-
  1. Format Markah / Juri : 100 peratus keputusan dan kuasa penjurian adalah berdasarkan pemilihan oleh Pengetua dan Barisan Juri Tetap AF2016
  2. Hos Konsert Mingguan : Zizan Razak
  3. Hos Diari AF: CK Faizal, Dahlia Shazwan, Hazeman Huzir
  4. Pengetua : Akan diumumkan
  5. Pengarah Muzik Konsert : Edry Abdul Halim
  6. Guru Vokal : Shahrol
  7. Guru Motivasi dan Bahasa Inggeris : Fatimah Abu Bakar
  8. Guru Tarian dan Kareografi : Linda Jasmine 
  9. Guru Seni Persembahan : Ellie Suriaty
  10. Guru Pementasan : Mas Idayu

Senarai Nama Pelajar AF 2016 Akademi Fantasia

Berikut pula adalah senarai empat belas (14) orang pelajar AF2016 yang terdiri daripada tujuh orang pelajar lelaki dan tujuh orang perempuan. Juara pertandingan JoHaRockStar anjuran ERA FM akan diserap masuk pada minggu ketiga konsert mingguan. Jumlah peserta sebenar yang bakal terus beraksi akan ditetntukan pada konsert pertama.

Peserta Lelaki

  1. Amir Syazwan Masdi : Umur 20 tahun dari Selangor (Amir)
  2. Azarul Rais Mansor : 22, Selangor (Rais)
  3. Halmy Hamizan : 23, Kuala Lumpur (Halmy)
  4. Mohamad Ammal Shafiq Osman : 21, Pulau Pinang (Amal)
  5. Mohamad Afzarul Dzarif Mohd Mazle : 24, Johor (Zarol)
  6. Mohamad Fara Aidid Ali Dad Khan : 23, Selangor (Isa)
  7. Muhammad Ikram Kamaruzzaman : 26, Kuala Lumpur (Ikram)

Peserta Wanita 

  1. Isyariana Che Azmi : Umur 26 tahun dari Pahang (Riana)
  2. Jasper James Supayah : 23, Johor (Jasper)
  3. Kareshma Martin John Patrick : 18, Selangor (Reshma)
  4. Nur Hafizah Longkip @ Thomas : 23, Sabah (Afi)
  5. Nurfarrah Izzatie Johari : 19, Negeri Sembilan (Ara)
  6. Nurul Rahila Rashun : 20, Singapura (Rahila)
  7. Siti Aishah Abdul Razak : 20, Melaka (Asha)

Konsert Mingguan AF 2016

  • Akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9 malam mulai 21 Ogos 2016.

Hadiah Akademi Fantasia 2016

Berikut adalah hadiah pemenang AF 2016 :-
  1. Juara : RM50,000
  2. Naib Juara : RM20,000
  3. Ketiga : RM15,000
  4. Keempat : RM10,000
  5. Kelima : RM5,000

Penaja Platinum adalah D'Herbs dengan Vitagen dan 11street sebagai penaja bersama.

Semoga anda terhibur dengan aksi Peserta AF2016 Akademi Fantasia kali ini.

0 comment... add one now