Siaran Langsung Hoki Malaysia Vs Perancis 3 Julai 2015

Live Streaming Liga Hoki Dunia Malaysia Vs Perancis 3 Julai 2015. Malaysia akan bertemu Perancis malam ini dalam perlawanan klasifikasi tempat ke 5 hingga 8 Kejohanan Liga Hoki Dunia 2015 di Antwerp, Belgium. Misi untuk layak ke Sukan Olimpik Rio Brazil 2016 buat kali pertama dalam tempoh 15 tahun melalui slot automatik telah berkubur setelah tewas 2-3 kepada India pada awal pagi Khamis yang lalu.

Peluang anak-anak buah Tai Beng Hai untuk ke Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil kini terletak kepada sama ada mereka mampu menamatkan kejohanan di Antwerp, Belgium itu di tempat kelima.
live streaming Hoki Malaysia Vs Perancis 3 Julai 2015
Laluan pertama adalah bertemu pasukan ke-18 dunia Pe­rancis malam ini dan jika menang, Malaysia perlu menundukkan Pakistan atau Ireland dalam perlawanan merebut tempat kelima pada Ahad ini.

Berikut adalah jadual perlawanan hari ini dan keputusan terkini Malaysia vs Perancis, Jumaat 3 Julai 2015 :-


3 JULAI 2015700 PM5 TO 8 TH
PAKISTAN VS IRELAND 0 - 1
(JUMAAT)930 PM5 TO 8 TH
MALAYSIA VS PERANCIS  4 - 1

1200 AMSEMI 1
INDIA VS BELGIUM 0 - 4

230 AMSEMI 2
AUSTRALIA VS BRITAIN 3 - 1
Live streaming perlawanan di Astro Arena 801
Malaysia layak untuk perlawanan ke 5 & 6 pada 5 Julai 2015 bertemu Ireland

0 comment... add one now