Tarikh Pembayaran Duit Raya Peneroka Felda 2015

Tarikh Pembayaran Duit Raya Peneroka Felda 2015. Berita baik buat semua peneroka Felda di Malaysia apabila sebentar tadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, telah mengumumkan pembayaran dividen pelaburan FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) serta duit raya Felda berjumlah RM900 bagi setiap peneroka di seluruh negara. 

Pecahan pembayaran dividen ini melibatkan pembayaran seperti berikut :-
  • 1) Dividen awal sebanyak 6 sen sesaham dan dividen akhir sebanyak 4 sen sesaham bernilai RM600 bagi setiap peneroka, 
  • 2) Duit raya Felda bernilai RM300. 
duit raya felda 2015
Dividen yang keseluruhannya bernilai RM59.2 juta dan duit raya (RM29.6 juta) akan dibayar kepada lebih 98,000 peneroka yang layak mulai 13 Julai 2015 ini.

0 comment... add one now