Berita Terkini Pesawat Trigana Air Terputus Hubungan Di Indonesia 16 Ogos 2015

Berita Terkini Pesawat Trigana Air Terputus Hubungan Hilang Di Indonesia 16 Ogos 2015. Sebuah pesawat Trigana Air iaitu pesawat domestik Indonesia yang membawa 54 penumpang dan krew terputus perhubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada Ahad di timur daerah Papua menurut laporan Astro Awani.

Memetik laporan Reuters, Ketua Badan SAR Nasional (BASARNAS) Indonesia, Bambang Soelistyo memaklumkan pihak berkuasa telah terputus hubungan dengan pesawat berkenaan.

Pesawat Trigana Air Terputus Hubungan
Memetik akaun Twitter rasmi BASARNAS, pesawat tersebut merupakan pesawat milik Trigana Air yang membawa 44 penumpang dewasa, lima kanak-kanak dan lima krew.

Memetik portal berita Detik.com, kali terakhir pesawat itu menghubungi menara ATC Sentani pukul 2.55 petang waktu tempatan.

Pesawat itu berlepas dari Jayapura pukul 2.22 petang dan sepatutnya tiba di Oksibil pukul 3.04 petang waktu tempatan.


Identiti pesawat Trigana Air yang hilang adalah seperti berikut:

Jenis Pesawat: ATR 42-300
Nombor Penerbangan: IL 267
Nombor pendaftaran: PK YRN
Laluan: Sentani-Jayapura menuju Oksibil
Waktu Berangkat: 14.22 WIT
Waktu Tiba: 15.04 WIT
Waktu Loss Contact dengan ATC Bandara Sentani: 14.55 WIT
(nwk/nrl)


0 comment... add one now