Jadual Catuan Bekalan Air Di Johor Bahru Dan Kota Tinggi Ogos 2015

Jadual Catuan Bekalan Air Di Johor Bahru Dan Kota Tinggi Ogos 2015. Dipetik dari FB Setitis Yang Bermakna, orang ramai khususnya yang mendapat bekalan air dari loji rawatan air Sultan Iskandar di Masai serta loji rawatan air Sg Lebam di Kota Tinggi dinasihatkan supaya menggunakan bekalan air secara bijak dan berhemah berikutan langkah SAJ Holdings (SAJ) melaksanakan bekalan air berjadual yang bermula 16 Ogos hingga 16 September 2015 ini.

Penduduk yang terlibat adalah di sebahagian kawasan Johor Bahru, Pasir Gudang, Masai serta Mukim Tg Surat, Mukim Pengerang dan Mukim Pantai Timur dekat Kota Tinggi.

Bekalan air berjadual tersebut merupakan satu langkah yang diambil setelah mendapati paras air di empangan Sg Layang merosot ke 19.10 meter pada hari ini iaitu telah melepasi paras kritikal 23.50 meter manakala empangan Sg Lebam pula turut mengalami kemerosotan pada paras air mentah secara berterusan dengan paras terkini 9.63 meter berbanding paras normal 14.00 meter. Bekalan air berjadual bertujuan memanjangkan tempoh penyimpanan air di empangan berkenaan.

Situasi semasa di kedua empangan berkenaan menyebabkan loji rawatan air Sultan Iskandar dan loji rawatan air Sg Lebam yang dikendalikan oleh pihak SAJ itu hanya mampu beroperasi pada pengeluaran yang paling minima.

Berikutan itu, bagi mengagihkan bekalan air bersih yang terhad kepada semua, kawasan yang terlibat dibahagi kepada beberapa zon seperti tertera pada jadual bekalan air yang bakal diedarkan kepada pengguna terlibat.

Bekalan air berjadual ini akan bermula pada 16 Ogos ini dan akan berakhir pada 15 September 2015.

Sebagai makluman juga, bekalan air secara berjadual ini dengan sendirinya terbatal sekiranya paras air di empangan menunjukkan peningkatan sekaligus membolehkan loji beroperasi pada kapasiti pengeluaran biasa dan seterusnya pengguna mula mendapat bekalan air sewajarnya. Tetapi, sekiranya keadaan bertambah kritikal, jadual lain akan dikeluarkan bersesuaian dengan keadaan semasa pengeluaran loji.

Pengguna yang memerlukan maklumat lanjut berkaitan bekalan air setempat boleh terus menghubungi SAJ Info Center menerusi Talian Mesra 1 800 88 7474 atau SMS 019 772 7474 atau menerusi e-mail customer.care@saj.com.my yang beroperasi 24 jam dan sila rujuk kawasan terperinci berkenaan di laman web SAJ serta di laman sosial Facebook "Setitis YANG Bermakna". 


Jadual Catuan Bekalan Air Di Johor Bahru Dan Kota Tinggi Ogos 2015
Jadual Catuan Bekalan Air saj

ZON A - JOHOR BAHRU
Jadual Catuan Bekalan Air saj jb

ZON B - JOHOR BAHRU
Jadual Catuan Bekalan Air jb2
Jadual Catuan Bekalan Air kota tinggi
ZON A & B - KOTA TINGGI

0 comment... add one now