Melaka United Juara Piala Liga FAM 2015

Melaka United Juara Piala Liga FAM 2015. Perlawanan akhir Piala Liga FAM 2015 di antara Melaka United dan Perlis berakhir kepada kemenangan memihak kepada Melaka United 3-2. Melaka United yang menjadi juara Kumpulan B liga berdepan juara Kumpulan A, Perlis di Stadium Hang Jebat, Krubong, Sabtu 29 Ogos 2015 yang disaksikan seramai 40,000 penyokong.

Juara Piala Liga FAM 2015

Wira pasukan tuan rumah, Melaka United adalah Nurshamil Abd Ghani yang berjaya menjaringkan hatrik sekaligus membolehkan skuad Sang Kancil menjulang Piala Liga FAM buat pertama kali.
Juara Piala Liga FAM 2015
Selaku juara Piala Liga FAM, Melaka United membawa pulang piala dan wang tunai RM60,000 manakala Perlis meraih RM30,000. Kedua-dua pasukan telah layak beraksi dalam saingan Liga Perdana, musim depan.

0 comment... add one now