Permohonan Laluan Khas Ke Program Bacelor UPM Sesi 2016/ 2017

Permohonan Laluan Khas Ke Program Bacelor UPM Sesi 2016/ 2017. Berikut adalah maklumat dan panduan mengenai Permohonan Laluan Khas Ke Program Bacelor UPM Sesi Akademik 2016/ 2017 seperti dikongsikan dari FB Universiti Putra Malaysia (UPM). Permohonan hendaklah dibuat melalui Applikasi Permohonan Online bermula 8 Ogos jam 200 petang.

Permohonan Laluan Khas UPM Sesi 2016/ 2017

Permohonan Laluan Khas Ke Program Bacelor UPM Sesi 2016/ 2017

  • Tarikh Buka Permohonan : Isnin, 8 Ogos 2016 bermula 200 petang
  • Tarikh Tutup : 31 Ogos 2016
  • Applikasi Permohonan : Klik Online 

Kriteria permohonan Laluan Khas

KUMPULAN SASAR - Tawaran mod kemasukan ini melibatkan pelajar sasaran yang melanjutkan pelajaran pada peringkat Ijazah pertama di UPM. Tawaran diberikan kepada calon yang tidak berjaya mendapat pengajian di mana-mana di IPTA selepas pengumuman tawaran diumumkan oleh UPU.

KRITERIA ASAS PEMILIHAN

Kriteria asas pemilihan calon yang diguna pakai oleh UPM adalah salah satu seperti berikut:
  1. Pendapatan Isi Rumah kurang daripada RM 1,500.00 sebulan
  2. Bilangan tanggungan melebihi 5 orang atau lebih
  3. Status ibu atau bapa calon (tunggal)
  4. Status anak yatim
  5. Status kesihatan atau kecacatan calon
  6. Status kesihatan atau kecacatan ibu bapa atau penjaga calon
  7. Lokasi tempat tinggal calon (luar bandar)
Kriteria calon yang akan dipertimbangkan boleh dirujuk di UPM.

KELAYAKAN

Pelajar yang diberikan kemudahan bagi mod kemasukan ini perlu memenuhi Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program Pengajian.

KAEDAH PEMILIHAN

Pemilihan akan dibuat berdasarkan merit markah kriteria pemilihan seperti di atas. Calon yang berjaya akan dihubungi untuk menyemak tawaran. Calon yang tidak mendapat sebarang maklum balas selepas sebulan dari tarikh tutup permohonan, permohonan adalah tidak berjaya.

PEMBIAYAAN

UPM tidak akan memberikan sebarang pembiayaan kepada pelajar yang ditawarkan. Pelajar yang berjaya perlu memohon pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau bantuan kewangan yang lain berdasarkan syarat dan prosedur sedia ada.

Borang  permohonan  dan  semua  salinan  sijil  dan dokumen  yang  dilampirkan  hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional.

  • Sila baca dengan teliti panduan permohonan sebelum mengemukakan permohonan bagi memastikan permohonan calon diproses.

Borang permohonan bersama salinan dokumen hendaklah dihantar kepada:-

Ketua Pentadbiran Akademik dan Antarabangsa,
Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik
Tingkat 1, Bangunan Pentadbiran,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM SERDANG,
Selangor.

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian berikut:-
Pejabat Am : 603-8946 6059/603-8946 6060
E-Mel : akd@upm.edu.my


Selamat membuat Permohonan Laluan Khas Ke Program Bacelor UPM Sesi 2016/ 2017 kepada pelajar yang layak. Semoga anda berjaya.

0 comment... add one now