Permohonan Program MyLesen 2015 Lesen Motosikal

Permohonan Program MyLesen JPJ 2015 Lesen Motosikal. Program MyLesen JPJ yang bertujuan untuk membantu golongan belia yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan lesen motosikal akan dilancarkan pada 15 September 2015.  Tempoh pendaftaran calon program myLESEN adalah sehingga 15 Oktober 2015 tetapi kini dilanjutkan ke 31 Disember 2015 menurut sumber JPJ.

Borang Permohonan MyLesen JPJ Klik JPJ

Program myLesen bagi memberi peluang kepada kira-kira 3.6 juta penunggang motosikal memiliki lesen terutama golongan belia dan remaja. Inisiatif ini diilhamkan JPJ bagi membantu orang ramai yang berusia 16 tahun ke atas untuk memiliki lesen menunggang motosikal sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan membabitkan penunggang dan pembonceng kenderaan terbabit. 
mylesen jpj 2015
Permohonan MyLesen JPJ 2015  akan ditawarkan dengan harga yuran untuk memiliki lesen serendah RM299 dan terpakai di sekolah belajar memandu yang mengambil bahagian di Malaysia.

Program MyLesen JPJ 2015

Syarat

Calon-calon hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut :
  • 1.Warganegara atau penduduk tetap Malaysia sahaja.
  • 2.Berumur 16 tahun dan ke atas.
  • 3.Memiliki MyKad/ Polis/ Tentera/ MyPR.
  • 4.Tidak memiliki apa-apa kelas lesen memandu lain termasuk lesen memandu percubaan.
  • 5.Tiada senarai hitam mahkamah, JPJ atau Polis. 
Setiap permohonan hendaklah dilengkapkan dengan dokumen-dokumen seperti berikut:
  • 1.Borang MyLesen yang telah lengkap diisi.
  • 2.Salinan fotostat MyKad/Polis/Tentera/MyPR.
  • 3.Borang Permohonan Ujian  Undang-undang  Jalan  Raya (Bahagian  I)  Lisan  yang  telah  diluluskan  (bagi pemohon buta huruf atau lembam sahaja)

Pendaftaran dan Kadar Bayaran:

  • 1. Tempoh  pendaftaran 1  BULAN dan  semua  calon  perlu  selesaikan  semua  proses  latihan  dan  ujian  dalam tempoh sekitar 4 bulan daripada tarikh pendaftaran.
  • 2. Kadar bayaran ditetapkan bagi setiap calon ialah RM299.00 sahaja termasuk GST. 
  • 3. Setiap peserta perlu  membuat  bayaran  penuh  RM299.00  kepada institut  memandu yang  dipilih  sendiri semasa pendaftaran peserta di institut memandu
  • berkenaan.
  • 4. Pembayaran  atas  nama institut  memandu yang  dipilih  peserta  sendiri  dan  amaun  yang  dibenarkan  hanya RM299.00 sahaja.
  • 5. Pembayaran diterima: (1. Tunai, 2. Kiriman Wang/Pos, 2. Draf Bank, 3. Cek Bank Tempatan Sahaja).
  • 6. Pakej ini termasuk bayaran yuran Ujian Bahagian I Berkomputer untuk kali pertama sahaja.
  • 7. Jika peserta gagal, bayaran Ujian Bahagian I Berkomputer ulangan untuk kali kedua akan ditanggung oleh peserta sendiri dan tidak termasuk dalam pakej ini.
  • 8. Kos pengangkutan peserta ditanggung oleh peserta sendiri dan tidak termasuk dalam pakej ini.
  • Kos-kos lain juga tidak termasuk dalam pakej ini dan ditanggung oleh peserta sendiri.
  • 9. Setiap peserta perlu mengikuti kelas KPP mengikut SOP yang ditetapkan.
  • 10. Peserta perlu mengikuti kelas  tambahan (pre-test dan tutorial komprehensif) selama 2 jam  yang disediakan oleh institut memandu bagi persediaan peserta untuk menduduki Ujian Bahagian I Berkomputer.
  • 11. Calon yang gagal ujian Berkomputer 2 kali, ujian bertulis akan disediakan
  • 2 kali ujian dan seterusnya 2 kali ujian  lisan  sahaja.  Jika masih  gagal, calon  dikira  tidak  layak dan  terkeluar  daripada  program myLesen dan tiada apa-
  • apa tuntutan baki bayaran yuran boleh dibuat oleh calon.
  • 12. Jika  calon  gagal  dalam  ujian  Bahagian  II  dan  III  kali  pertama, 
  • kadar  bayaran  seterusnya  bagi ujian  semula ditanggung oleh calon sendiri.
  • 13. Peserta hendaklah bersedia mengikuti program MyLesen berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan dan ujian yang ditetapkan.
  • 14. Kegagalan  mematuhi  mana - mana  syarat  dan  tempoh  masa   latihan   dan  ujian   yang ditetapkan  akan menyebabkan peserta terkeluar  daripada  program myLesen  ini  dan  tiada  apa -apa  tuntutan  kewangan termasuk 
  • pulangan baki yuran boleh dibuat atas kegagalan peserta mematuhi syarat yang ditetapkan.  
  • 15. Tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia dari semasa ke semasa.


    0 comment... add one now