Permohonan PLKN Sukarela 2016

Borang Permohonan Pelatih Sukarela Projek Perintis PLKN 2.0. Dikongsikan dari makluman rasmi FB JLKN HQ, Permohonan kemasukan pelatih secara sukarela bagi Projek Perintis PLKN 2.0 amatlah dialu-alukan kepada remaja yang lahir pada tahun 1997 dan dua tahun sebelumnya (1996 dan 1995).Awal minggu ini, kerajaan telah mengeluarkan senarai modul baru PLKN 2.0 bermula tahun 2016 yang boleh di rujuk di SINI.

Borang Permohonan Pelatih Sukarela Projek Perintis PLKN 2.0

Borang permohonan sukarela tersebut boleh dimuat turun secara atas talian di BORANG PLKN 2.0
Permohonan PLKN Sukarela 2016

Panduan permohonan Pelatih Sukarela Projek Perintis PLKN 2.0:

  1. Kelulusan penyertaan tertakluk kepada keputusan JLKN dan akan dimaklumkan melalui Notis Pemberitahuan Pelatih.
  2. Borang  ini  hendaklah  ditandatangan  oleh  pemohon  dan  di hantar  ke  Jabatan  Latihan  Khidmat  Negara  (JLKN)  melalui kaedah di bawah:
  • a) Secara  pos  ke  alamat
Unit  Sukarela,  Jabatan  Latihan  Khidmat  Negara,  
Kementerian  Pertahanan  Malaysia,
Aras 2, Bangunan Zetro, Jalan 9/27C, Seksyen 5,Wangsa Maju, 53300
Kuala Lumpur; atau
  • b) Secara kepilan dokumen di portal www.informasi.khidmatnegara.gov.my; atau
  • c) Emel di alamat sukarela@khidmatnegara.gov.my; atau
  • d) Faks di talian 03-40274333 / 4224
Bagi remaja yang berminat bolehlah membuat Permohonan PLKN Sukarela 2016 ini sekarang.

1 comment... add one now

MrWendychoo MrWendychoo 17 Jun, 2016
Kenapa tidak dapat nor morhon PLKN???