Cara Buat Aduan KPDNKK Secara Online Dan SMS

Berikut adalah cara-cara membuat Aduan KPDNKK Secara Online Dan SMS menggunakan Sistem E-Aduan. Sistem ini membolehkan pengguna membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika. 
e-aduan kpdnkk

Anda boleh laporkan aduan melalui saluran-saluran seperti berikut :-

Cara Buat Aduan KPDNKK Secara Online Dan SMS

  1. Laman web http://eaduan.kpdnkk.gov.my
  2. Talian hotline : 1 800 886 800 / 03-8882 6088 / 6245
  3. Menerusi aplikasi Ez ADU KPDNKK di Playstore. Hanya telefon pintar yang mengandungi aplikasi Android 3.0 ke atas sahaja yang boleh memuat turun aplikasi ini.
  4. Sms aduan ke 15888
  5. Kaunter aduan / pejabat PPDNKK seluruh malaysia

Panduan penggunaan Sistem eAduan melalui laman web E-Aduan

Cara Membuat Aduan

  • Klik Pautan Aduan Baru
  • Isi Borang Aduan mengikut panduan
  • Tekan butang <Semak> untuk paparan skrin seterusnya
  • Tekan butang <Hantar>untuk terus menghantar aduan. Nombor Aduan akan dipaparkan
  • Tekan butang<Tambah Bahan Bukti> untuk memuatnaik fail, Klik butang <Browse> untuk memilih fail bukti dan Klik butang <Hantar Bukti Aduan>
  • Tekan butang <Kemaskini>untuk mengemaskini aduan atau butang <Batal> membatalkan aduan
  • Klik butang <Cetak> untuk mencetak aduan yang telah dilaporkan.

Cara Menyemak Status Aduan

  1. Klik Pautan Semakan Aduan
  2. Masukkan No Aduan bersama email atau nombor telefon bimbit atau nombor telefon
  3. Tekan Butang Semak
  4. Paparan Status Aduan akan dipaparkan


0 comment... add one now