Format Dan Contoh Soalan/ Instrumen UPSR 2016

Format Dan Contoh Soalan/ Instrumen UPSR 2016. Format peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang baru dengan penambahbaikan akan mula digunakan bermula 2016. Dipetik dari makluman terkini dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), perubahan format UPSR 2016 ini membabitkan bentuk dan jenis soalan. Soalan objektif aneka pilihan akan dikurangkan dan sebaliknya ditambah objektif pelbagai bentuk berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). 


Format baru UPSR 2016 akan membabitkan enam subjek dengan Bahasa Inggeris akan dibahagikan kepada dua kertas iaitu pemahaman dan penulisan. Ini bermakna pelajar Sekolah Kebangsaan akan menduduki 6 kertas matapelajaran untuk maksimum keputusan cemerlang 6A. Pelajar Sekolah Vernakular pula akan menduduki 8 kertas matapelajaran untuk maksimum 8A.
Format Dan Contoh Soalan UPSR 2016

Format Soalan/ Instrumen UPSR 2016

Sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), maka format peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang baharu dan ditambahbaik akan digunakan. Walau bagaimanapun, UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100% peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya.

UPSR 2016 yang terdiri daripada ujian bertulis bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil antara lain adalah bertujuan untuk mentaksir pencapaian akademik murid seluruh negara dengan mematuhi standard yang ditetapkan.

Informasi Berkenaan Dengan Format Baru Peperiksaan UPSR 2016

  • Rombakan atas kertas Bahasa Inggeris kepada dua pecahan iaitu Pemahaman dan Penulisan
  • Rombakan atas kertas untuk mata pelajaran bahasa iaitu Bahasa Cina dan Bahasa Tamil kepada dua iaitu Pemahaman dan Penulisan
  • Memasukkan ujian subjektif dan objektif pelbagai bentuk ke dalam kertas pemahaman untuk semua mata pelajaran bahasa berbanding sebelum ini hanya ujian objektif
  • UPSR sebelum ini hanya memerlukan calon menduduki lima kertas iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik
  • UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100 peratus peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya dan mengutamakan calon menerapkan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Berikut dikongsikan Format dan Instrumen Contoh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2016 yang telah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Format Mata Pelajaran Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris UPSR 2016

Format Mata Pelajaran Bahasa - muat turun di LPM1
format bahasa upsr 2016
  • Format Mata Pelajaran Sains UPSR 2016

    Muat turun Format Sains di LPM2
format sains upsr 2016
  •  Format Mata Pelajaran Matematik UPSR 2016

    Muat turun format Matematik di LPM3 
format sains upsr 2016
CONTOH SOALAN/ INSTRUMEN CONTOH UPSR 2016
Semoga Format Dan Contoh Soalan UPSR 2016 ini dapat dijadikan panduan buat ibu bapa dan pelajar dalam menghadapi peperiksaan UPSR 2016 nanti.

{ 12 comments.. read them below or add one }

SK Sungai Pulau SK Sungai Pulau 09 Disember, 2015
Terima Kasih dengan maklumat
Tanpa Nama Tanpa Nama 04 Januari, 2016
terima kasaih format baru UPSR
aleeya yong aleeya yong 25 Januari, 2016
tq di atas maklumat tersebut.
Tanpa Nama Tanpa Nama 10 Februari, 2016
tq atas maklumat ni .saya nak ambil UPSR tahun ni.tq sgt
Tanpa Nama Tanpa Nama 10 Februari, 2016
good.best belajar
Tanpa Nama Tanpa Nama 25 Mac, 2016
format baharu?????TIDAKKKK!!!!!!!;((
Tanpa Nama Tanpa Nama 25 Mac, 2016
take care!!!!Semoga UPSR awak 6A!!!hihihihihihi:d
Tanpa Nama Tanpa Nama 06 April, 2016
Adakah soalan upsr 2016 ini susah???
Dari manakah soalan diambil supaya murid dapat belajar dari awal.. yah !!!!????? Dan siapakah pemeriksa kertas soalan upsr tahun ini?? bilakah tarikh upsr??
#tq
Zairi Muhamadnor Zairi Muhamadnor 12 Julai, 2016
terima kasih maklumat yang di kongsi...sgt bermanfaat.