Gambar Kekecohan Penyokong Punca Perlawanan Malaysia Vs Arab Saudi Dihentikan

Gambar Kekecohan Penyokong Punca Perlawanan Malaysia Vs Arab Saudi Dihentikan. Perlawanan menarik Malaysia lawan Arab Saudi dalam Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium Shah Alam malam ini telah dihentikan pada minit ke 88 perlawanan selepas penyokong membaling suar dan membakar mercun menyebabkan stadium dipenuhi asap tebal. Dipercayai suar dibaling dari sudut penyokong Ultras Malaya.

Ketika perlawanan dihentikan, Malaysia ketinggalan 1-2 selepas mendahului pada minit ke 70 melalui jaringan kapten, Safiq Rahim. Arab Saudi membalas 2 gol dengan pantas melalui jaringan Taseer Al Jassam min 72 & Mohammed Al Sahlawi min 76.

Kita nantikan nanti apakah perlawanan yang berbaki dua minit akan disambung sebelum atau tidak. Tetapi FAM berdepan dengan tindakan tegas dari FIFA akibat kekecohan penonton ini yang menyuarakan kemarahan terhadap FAM.
ultras malaya1
Berikut adalah sekitar gambar kekecohan penyokong yang menyebabkan perlawanan terhenti di minit ke 88. Gambar kredit FB Selangor FC
ultras malaya 6

ultras malaya2
ultras malaya3

ultras malaya 4

ultras malaya 5


0 comment... add one now