Gambar Sekitar Perhimpunan 'Baju Merah' 16 September 2015

Berikut adalah gambar sekitar perhimpunan 'Baju Merah' di Kuala Lumpur , 16 September 2015. Hari ini genaplah 52 tahun Malaysia menjadi Malaysia, negara Persekutuan yang terbentuk hasil gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Gambar Perhimpunan 'Baju Merah' 16 September 2015

Perhimpunan hari ini merupakan “Himpunan Baju Merah” yang berhasrat untuk mengumpulkan segenap orang Melayu untuk ke Kuala Lumpur atas nama  “perpaduan Melayu”. Ianya dianjurkan oleh Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) di mana Presidennya adalah Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Objektif Perhimupunan Baju Merah

Himpunan Rakyat Bersatu menggariskan lapan objektif utama:
    1. Menzahirkan amaran keras supaya jangan menghina pemimpin Melayu dan menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan.

    2. Menghimpun umat Melayu bagi menunjukkan solidariti sekali gus mendokong teras dan keadilan sosial seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

    3. Mendesak Kerajaan supaya bertindak tegas kepada pengkhianat negara yang memfitnah serta mempertikaikan kredibiliti Kerajaan dan mahu menjatuhkan pentadbiran yang telah dipilih oleh rakyat secara sah melalui sistem pilihanraya.

    4. Mendesak Kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran tanpa kompromi untuk memupuk perpaduan dan toleransi ke arah pembentukan bangsa Malaysia.

    5. Menuntut Kerajaan untuk melaksanakan dasar-dasar seperti yang dijamin oleh Perlembagaan khususnya di dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan pembelaan dan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera.

    6. Menyarankan kepada Kerajaan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan sebagai satu langkah dalam usaha-usaha Kerajaan untuk memastikan tahap keselamatan dan keamanan serta ketenteraman dalam negara sentiasa terjamin.

    7. Memupuk dan menzahirkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam jati diri rakyat demi menuju ke arah satu perpaduan nasional yang mantap.

    8. Memastikan tiada lagi pehimpunan seperti Bersih di masa-masa akan datang.

Berikut adalah galeri gambar sekitar perhimpunan 'Baju Merah' di Kuala Lumpur, 16 September 2015 :-
kredit FB Kopi Cengkih
padang merbok 1
 
padang merbok 2


ahmad maslan baju merahidris jusoh baju merah

baju merah 1

kipidapbaju merah 3
baju merah 4
baju merah 5baju merah 6



0 comment... add one now