Pengasingan Sisa Pepejal Di Rumah Mulai 1 September 2015

Pelaksanaan Pengasingan Sisa Pepejal Di Rumah Mulai 1 September 2015. Bermula hari ini, 1 September 2015, isi rumah di tujuh buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis adalah wajib atau mandatori untuk memulakan pengasingan sisa pepejal di punca atau daripada rumah. Pelaksanaan perkara ini berdasarkan Peraturan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). 
 
Pelaksanaan perintah
pengasingan sisa pepejal ini antara lain bertujuan untuk mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan sisa yang semakin meruncing. Untuk permulaan, kesalahan awal akan tidak melibatkan sebarang denda dengan  isi rumah yang gagal mengasingkan sisa pepejal di punca hanya akan diberikan notis amaran sebelum penguatkuasaan sepenuhnya undang-undang kepada mereka yang ingkar dilaksanakan bermula 1 Jun 2016.
Pengasingan Sisa Pepejal Di Rumah

Pengasingan Sisa Pepejal Di Rumah Mulai 1 September 2015 

Berdasarkan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672), denda kompaun maksimum sehingga RM1,000 boleh dikenakan terhadap penduduk yang enggan melaksanakan pengasingan sisa pepejal. 

 Mengapa kita perlu mengasingkan sisa pepejal di rumah?

1. Adalah untuk mengelakkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula.
2. Mengurangkan jumlah sisa pepejal dihantar ke tapak pelupusan.
3. Mengurangkan peruntukan wang negara untuk proses pelupusan sisa pepejal.
4. Merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) jika tidak mengasingkan sisa.

Apa yang perlu diasingkan?

1. SISA BAKI
  • Sisa makanan, lampin pakai buang dan lain-lain (dimasukkan ke dalam tong beroda)
2. SISA BAHAN YANG BOLEH DIKITAR SEMULA
Kertas, plastik, kaca, logam, sisa berbahaya, sisa elektronik, sisa pukal, sisa kebun/taman. (diletakkan di tepi tong sampah) seperti pecahan berikut :-
  • a.     Kertas – surat khabar , majalah, buku panduan, komik, katalog, kertas computer, kertas A4, kertas berwarna, resit, bil , kotak kertas, kadbod, kalender, sampul surat, poskad, risalah, dan bungkusan pos.      
  • b.     Plastik – botol minuman ringan, botol jus, botol minuman air mineral, bekas makanan, bekas sabun cecair mandian, botl syampu, botol makanan kesihatan/vitamin, bekas pencuci pakaian/lantai, botol kicap, baldi, ,beg plastik, bekas ais krim dan lain – lain jenis plastik,      
  • c.     Lain – lain bahan yang boleh dikitar semula iaitu :-      
  •       i.     Kaca/Seramik - botol kicap, botol sos, botol jem, botol minuman ringan, botol vitamin, bekas kosmetik, pinggan kaca  dan sebagainya.      
  •       ii.     Tin aluminium/besi/logam lain -  tin minuman ringan, tin makanan dan sos, tin biskut, tin makanan cecair, alatan dapur seperti sudu, periuk senduk dan sebagainya.      
  •       iii.     Sisa elektrik/barang elektrik kecil – bateri, kalkulator, telefon bimbit, peralatan elektrik, lampu kalimantang, lampu LED,cerek elektrik, dapur elektrik dan sebagainya.      
  •       iv.     Bahan fabrik/kasut/getah/kulit – kasut, beg tangan, pakaian, sarung tangan dan sebagainya.      
  •       v.     Sisa berbahaya – bekas penyembur ubat nyamuk,tin cat, bekas racun, bekas bahan pelarut, bekas ubat anai – anai dan sebagainya.      
  • d.     Sisa Kebun/Taman – sisa halaman rumah seperti daun kering, ranting,pelepah pokok, batang pokok, rumput dan sebagainya.      
  • e.     Sisa Pukal – sisa peralatan rumah yang besar seperti peti sejuk, almari, katil, mesin basuh, sofa, perabot dan sebagainya.Kesemua ini untuk mencapai Negara Bersih, Indah dan Sejahtera.

Kaedah kutipan 

Kutipan oleh konsesi dilaksanakan mengikut formula 2+1 iaitu kutipan dua kali seminggu untuk sisa baki manakala seminggu sekali masing-masing bagi sisa kitar semula, sisa pukal dan sisa kebun. 


0 comment... add one now