Permohonan SBP 2017 Tingkatan 1 Dan 4 Online

Permohonan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2017 Tingkatan 1 Dan 4. Anda berminat memohon kemasukan ke SBP terbaik di Malaysia? Berita baik, untuk calon lepasan UPSR dan PT3 tahun 2016 yang berkelayakan dan berminat masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sesi 2017 Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, permohonan kemasukan ke SBP akan di buka pada Oktober dan Disember 2016 nanti. Selain SBP, pelajar juga boleh memohon ke MRSM dimana tarikh tutup permohonan lebih awal pada 21 Oktober 2016.

Permohonan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2017 Tingkatan 1 Dan 4 Online

Permohonan kemasukan ke SBP 2017 akan di buka secara online mengikut tarikh seperti dinyatakan di bawah ini.
 
PERMOHONAN SBP TINGKATAN 1 TAHUN 2017TARIKH/ LINK
TARIKH BUKA15 OKTOBER 2016
TARIKH TUTUP 15 NOVEMBER 2016
APPLIKASI PERMOHONAN https://sst1.moe.gov.my/
SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN (selewat-lewatnya 27 hari dari keputusan UPSR 2016 diumumkan) & eRayuan (Tarikh akan dikemaskini) Klik Tingkatan 1

PERMOHONAN SBP TINGKATAN 4 TAHUN 2017TARIKH/ LINK
TARIKH BUKA1 DISEMBER 2016
TARIKH TUTUP 30 DISEMBER 2016
APPLIKASI PERMOHONAN (Akan dikemaskini)https://sst4.moe.gov.my/
SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN & eRayuan (Akan dikemaskini)Klik Tingkatan 4

Sila layari laman web KPM di Portal Rasmi KPM untuk sebarang keterangan lanjut mengenai permohonan ini.

Permohonan Kemasukan 2017 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 Dan 4 

Berikut adalah panduan ringkas dan syarat kemasukan ke SBP tahun 2017.
  • Permohonan ke SBP tidak bersyarat kecuali dibuka untuk murid Tahun Enam (6) 2016 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK). Untuk  Tingkatan Empat (4) pula, permohoan dibuka kepada murid Tingkatan 3 tahun 2016 di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
  • Pelajar boleh memohon sebelum keputusan UPSR dan PT3 2016 diumumkan
  • Untuk mengkakses sistem, pelajar perlu memasukkan No Angka Giliran dan No Kad Pengenalan diruangan yang disediakan
  • Tiada had dalam proses kemaskini permohonan. Pemohon masih boleh mengemaskini permohonan sehingga tarikh akhir tutup permohonan.  Hanya cetakan terakhir pemohon yang diperakukan secara atas talian dipertimbangkan sebagai permohonan yang sah
  • Permohonan kemasukan ke SBP TIDAK MEMERLUKAN pengesahan   mana-mana   pihak   atau   dihantar   ke mana-mana   SBP. 
  • Calon     tidak     perlu     menghantar     sesalinan permohonan beserta dokumen ke mana-mana SBP
  • Senarai Sekolah Berasrama Penuh Di Malaysia, Anda boleh semak di SINI  

SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN SATU (1) SBP 2017

  1. Murid mestilah warganegara Malaysia.
  2. Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  3. Memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016
  4. Aktif dalam kokurikulum.
  5. Syarat kelayakan akademik dan kriteria pemilihan boleh dirujuk di SYARAT KEMASUKAN.

SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN EMPAT (4) SBP 2017

  1. Murid mestilah warganegara Malaysia.
  2. Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
  3. Memperolehi keputusan akademik cemerlang dalam PBS
  4. Aktif kokurikulum

PAKEJ ALIRAN MATA PELAJARAN

  1. Tingkatan 1 - Pakej Aliran Matapelajaran yang ditawarkan adalah aliran Sains, Agama dan Ulul Albab
  2. Tingkatan 4 - Menawarkan 5 pakej aliran matapelajaran iaitu Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Sains Teknikal, Agama Ikhtisas dan Sains Sosial

PANDUAN PERMOHONAN KE SBP 2017

SEMAKAN TARIKH KEPUTUSAN SBP 2017

  1. Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu (1) SBP diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 27 hari setelah keputusan  UPSR  diumumkan.  
  2. Manakala ke Tingkatan Empat, dalam tempoh 27 hari dari tarikh keputusan PT3 diumumkan
  3. Pemohon boleh membuat semakan keputusan tawaran SBP 2017 di SEMAKAN SBP  
Semoga pemohon berjaya dalam permohonan SBP 2017 kali ini. Bagi ibu bapa yang layak menikmati BR1M 2016, bolehlah memohon dan membuat kemaskini BR1M 2016 di Permohonan BR1M 2016.

{ 55 comments.. read them below or add one }

adx752 adx752 03 September, 2015
Anak saya menghidap asthma..andai kata dia dpt 5A,maka dia x dibenarkan juga masuk SBP ini.
Tanpa Nama Tanpa Nama 11 Oktober, 2015
Khabarnya permohonan ke sbp pada Oktober tapi sampai kini tiada apa2 capaian untuk buat permohonan. Capaian yang ada masih tidak aktif ke.....
Rossa Calla Rossa Calla 12 Oktober, 2015
Applikasi atau link permohonan sbp akan di buka pada 15 Okt 2015
Tanpa Nama Tanpa Nama 12 Oktober, 2015
Saya pun tidak dapat membuka pautan untuk permohonan sbp online. Noted applikasi dibuka 15 hb Oktober.Terima Kasih Rossa atas info yg diberikan.
Tanpa Nama Tanpa Nama 27 Oktober, 2015
Aplikasi permohonan masih x dapat di akses, hari ni dah 27 hb....harap pihak bertanggungjawab sila ambil perhatian...
Tanpa Nama Tanpa Nama 28 Oktober, 2015
Aplikasi permohonan 'SESSION ANDA SUDAH TAMAT'...Apakah maksudnya atau aplikasi ini mempunyai masalah....
Tanpa Nama Tanpa Nama 06 November, 2015
Saya menghadapi masalah bila memasukkan nombor kad pengenalan bapa pemohon kerana beliau bukan warganegara. Pihak MARA harus mewujudkan sistem pengisian yang lebih mesra pengguna dalam hal berkaitan.
Nurul Aidaa Nurul Aidaa 15 November, 2015
link permohonan untuk form4 ada ka?
Tanpa Nama Tanpa Nama 16 November, 2015
untuk permohonan SBP tingkatan 4 diberitahu akan dibuka pada 15 november,tetapi harini sudah 16 november.Mengapa link nya masih belum diberitahu?
Tanpa Nama Tanpa Nama 16 November, 2015
Sya perlukan link utk mohon sbp ting 4
Rossa Calla Rossa Calla 16 November, 2015
Untuk makluman semua, link akan dikongsikan selepas pengumuman di buat oleh KPM. Dari makluman terbaru FAQ SBP, permohonan Tingkatan 4 akan di buka bermula 10 hingga 30 Disember 2015
Tanpa Nama Tanpa Nama 17 November, 2015
mengikut pengalaman sebenarnya pemeriksaan kesihatan cuma dihantar pada pihak sekolah sewaktu pendaftaran untuk tujuan rujukan sekolah sebagai langkah berjaga2.
syahirah noninot syahirah noninot 17 November, 2015
sya inginkan link pemohonan ke tingkatan 1
Tanpa Nama Tanpa Nama 18 November, 2015
saya dah mohon tetapi lupa nk save/print maklumat permahonan.. :(
ada cara tak?
Atirah Syafika Atirah Syafika 18 November, 2015
salam. untuk tingkatan 1 tarikh dah tutup nak buat macam mana ya?
Tanpa Nama Tanpa Nama 18 November, 2015
Sekiranya ada memohon SBP...tidak boleh lg memohon kemasukan ke MRSM.Benarkah begitu ?...kenapa ?
Tanpa Nama Tanpa Nama 19 November, 2015
kata tarikh tutup 30 dec knp skrng dh xblh mohon utk tingkatan 1
Tanpa Nama Tanpa Nama 19 November, 2015
Tarikh dh tutup utk tingkatan 1.....mcme blh ke mohon lg..mcme cara nye
Rossa Calla Rossa Calla 19 November, 2015
Ting 1 tarikh tutup 15 Nov. Tingkatan 4 yang 30 Dec
Tanpa Nama Tanpa Nama 24 November, 2015
untuk tingkata 1,bila keluar keputusan permohonan/
Tanpa Nama Tanpa Nama 01 Disember, 2015
for form 1 la tu
IzaHn IzaHn 10 Disember, 2015
permohonan sbp tingkataan 4...mcm mna maklumat markah koko:?maklumat nak dapat dri mana?
Rossa Calla Rossa Calla 10 Disember, 2015
Cuba semak di http://www.panduanmalaysia.com/2015/02/semakan-markah-kokurikulum-pelajar-online.html
Tanpa Nama Tanpa Nama 10 Disember, 2015
Saya nak tnya ni .. yg maklumat PAJSK tu mcm mna nk isi .. krn maklumat itu berada di tgn guru ..
Tanpa Nama Tanpa Nama 11 Disember, 2015
Salam. Kenapa hanya 5 SBP sahaja yang ditawarkan untuk penerimaan pelajar ke Tingkatan 4? Kalau demikian, seandainya setiap dari 5 sekolah mengambil (paling ramai) 100 pelajar baru Tingkatan 4, maka jumlah pelajar baru Tingkatan 4 seluruh Malaysia yang diterima ke SPB ialah 500 orang??? Kenapa tiada sekolah sekolah berasrama penuh lain yang menerima pelajar Ting 4?
Tanpa Nama Tanpa Nama 12 Disember, 2015
Assalamualaikum,saya dah buka permohonan online ke SBP tingkatan 4 2016, mengapa hanya ada 5 sekolah pilihan dan tidak ada langsung SBPI,tolong beri pencerahan,utk pengetahuan anak saya bersekolah di SMKA Mahad Hamidiah Kajang
Tanpa Nama Tanpa Nama 12 Disember, 2015
Salam , mengapakah semua SBPI tidak mengambil pelajar baru bagi tingkatan 4 2016 dan apakah pelajar SBP yang sedia ada akan terus kekal selepas PT3 diumumkan walaupun mereka mendapat keputusan B dalam matapelajaran Sains dan Matematik, adalah tidak adil mengekalkan mereka kerana kelayakan untuk SBP mesti memperoleh A dalam Sains dan Matematik dan sekurang-kurangnya 6A,pelajar SBP yang sedia ada yang tidak memperoleh keputusan sedemikian paut dikeluarkan dan tempat mereka digantikan dengan pelajar cemerlang dari SMKA mahupun Sekolah Menengah Harian yang memperoleh keputusan cemerlang dalam PT 3
Tanpa Nama Tanpa Nama 13 Disember, 2015
Saya amat terpanggil untuk mencadangkan, sekiranya kelayakan ke SBP Tingkatan 4 calon mesti memperoleh sekurang-kurangnya 6A dan A dalam matapelajaran SAins dan Matematik, maka amatlah besar harapan agar untuk keadilan semua pihak calon yang sedia ada di SBP yang tidak memperoleh keputusan tersebut harus dikeluarkan dan tempat mereka digantikan dengan calon tingkatan 4 daripada sekolah Menengah Harian seperti calon SMKA, Sekolah Kawalan , kelas kawalan mahupun kelas biasa yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan PT3.
sh saadah alwi sh saadah alwi 14 Disember, 2015
lps dh print nak buat apa ngn borang tu?
Rossa Calla Rossa Calla 14 Disember, 2015
sila CETAK surat dan lampiran tawaran yang dibawa semasa hari pendaftaran. Bahagian ini berhak menarik balik tawaran sekiranya dokumen calon tidak lengkap semasa hari pendaftaran di SBP.
Tanpa Nama Tanpa Nama 15 Disember, 2015
Adakah Pelajar Di Bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) boleh membuat Rayuan untuk kemasukan SBP?
Tanpa Nama Tanpa Nama 15 Disember, 2015
Xad exam atau temuduga utk kemasukan sbp ke?
Tanpa Nama Tanpa Nama 16 Disember, 2015
assalamualaikum ...kenapa permohonan sbp tingkatan 4 sesi 2016 hanya 7 buah sbp sahaja yg menawarkan pelajar baru tingkatan 4 sedangkan baki 62 sbp yg lain tidak menawarkan pelajar baru tingkatan 4...perkara sedemikian jugak menyebabkan tempat ke sbp adalah terhad memandangkan tahun ini ramai pelajar pt3 mendapat keputusan yg cemerlang....mohon kepada sesiapa yg mengetahui sbb demikian utk menjelaskan perkara tersebut..
Tanpa Nama Tanpa Nama 16 Disember, 2015
Saya terpanggil untuk menyatakan di sini, ramai pelajar bukan SBP baru-baru ini cemrlang dalam peperiksaan PT3 tetapi permohonan SBP hanya terhad kepada 5 sekolah untuk pelajar perempuan,anak saya berminat untuk ke SBPI dan diberitahu SBPI tidak mengambil pelajar baru tingkatan 4,mengapa ini berlaku dan saya juga difahamkan pelajar SBP yang tidak mendapat A dalam matapelajaran Matematik dan Sains dalam PT 3 baru-baru ini masih kekal di SBP masing-masing, ini menunjukkan ketidakadilan kerana pelajar baru yang ingin memohon SBP perlu memperoleh A dalam matapelajaran Sains dan Matematik, harap pihak berkenaan melihat perkara ini dengan serius, pelajar SBP yang gagal perform sepatutnya dikeluarkan dan digantikan pelajar cemerlang dari sekolah harian.
Tanpa Nama Tanpa Nama 17 Disember, 2015
saya setuju.. takkan pelajar2 ini dikekalkan selepas kep diumumkan walaupun mendapat kep yang kurang cemerlang..bermakna tidak byak peluang utk memasuki sbp. tidak apa, sekolah harian biasa pun byk yg cemerlang dgn guru2 yg cemerlang. yg penting kena usaha sungguh2.
Tanpa Nama Tanpa Nama 17 Disember, 2015
Ini adalah kerana 5 sekolah tersebut hanya menerima pelajar tingkatan 4 pada tahun sebelum ini oleg itu hanya sekolah tersebut bakal menerima pelajar tingkatan 4 pada tahun hadapan dan pada tahun hadapan juga sekolah ini bakal menerima pelajar tingkatan 1 atas arahan kemeterian
Tanpa Nama Tanpa Nama 18 Disember, 2015
Assalamualaikum, saya terima makluman mengatakan kalau kita TERIMA tawaran ke SBP (tarikh tutup 06.01.16) maka tawaran kemasukan ke MRSM akan terbatal, walaupun result temuduga & UKKM lulus. Keputusan penerimaan MRSM lewat pada Feb 2016, oleh itu ibubapa perlu decide sebelum 06.01.16. Tak TERIMA SBP - bimbang nanti MRSM tak lepas, TERIMA SBP - MRSM terbatal. What to do?
Tanpa Nama Tanpa Nama 19 Disember, 2015
Bawak bawakla solat istikharah
Shahr Wardy Shahr Wardy 20 Disember, 2015
sbp yg menawarkan tempat tu kerana sbp tu hanya mempunyai pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja sperti SMS Kuala Terengganu, SBP Perempuan Seremban dan SMS Tuanku Munawir.Sekolah tersebut akan ambil lbih kurang 350 pljar disebabkan hanya mpunyai 2 tingkatan sahaja (4 dan 5) Hal ini kerana keputusan pt3 mungkin tidak boleh diterima pakai disebabkan soalan yang berbeza antara sekolah. HArap maklum.
Tanpa Nama Tanpa Nama 21 Disember, 2015
Kita blh semak keputusan pada 14 januari kan? Bagi pelajar ting. 4 yg mohon...Harap pihak rossa calla jawab :)
Tanpa Nama Tanpa Nama 23 Disember, 2015
macam mana nak isi bahagian pajsk form 4? yang skor elemen, kehadiran, gred cpga and lain lain?
Tanpa Nama Tanpa Nama 23 Disember, 2015
saya dah isikan no kp tapi dia tulis rekod pelajar tiada dlm simpanan
Tanpa Nama Tanpa Nama 25 Disember, 2015
macam mna nak dapatkan borang kemasukan ke sekolah berasrama penuh
Tanpa Nama Tanpa Nama 29 Disember, 2015
tarikh keputusan kemasukkan sbp form 4 bila ya? :-d
Rossa Calla Rossa Calla 29 Disember, 2015
Jangkaan hujung Januari 2016 konsisten seperti tarikh tahun lepas
Amirul Safuwan Amirul Safuwan 31 Januari, 2016
Saya cuba untuk semak keputusan kemasukan sbp tingkatan 4, tapi link masih gagal untuk check. Reload error. Ada apa apa info tak cik?
Rossa Calla Rossa Calla 31 Januari, 2016
OK link tu. https://sst4.moe.gov.my/semakansbpt4_2016/index.cfm
Tanpa Nama Tanpa Nama 03 Februari, 2016
saya sekarang berada di australia dan ingin menyemak keputusan sbp tingkatan 4 namun masih tidak boleh. dah 6 hari... mohon penjelasan
Rossa Calla Rossa Calla 03 Februari, 2016
semak di link ini https://sst4.moe.gov.my/semakansbpt4_2016/index.cfm
Shahirah Shahabudin Shahirah Shahabudin 09 April, 2016
masih boleh buat rayuan ke untuk ke tingkatan 4....mohon pencerahan dan minx link tersebut...terima kasih
Mohd Bakri adam Mohd Bakri adam 03 November, 2016
MEngapa pelajar SKJT tidak boleh memohon ke SBP?
Amiera Light Amiera Light 19 November, 2016
30DEC adalah tarikh tutup tingkatan 4.
IAM NSI IAM NSI 05 Disember, 2016
bagaimana pula tentang isi maklumat pajsk ?