Resepi Nasi Lemak Yang Sedap Dan Mudah Dibuat

Nasi lemak merupakan makanan tradisi dan sangat popular di  Malaysia.  Ianya juga boleh di dapati di Singapura, Indonesia dan Brunei.  Nasi lemak ringkas pada kebiasaanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng , kacang goreng dan sambal.  Perubahan masa menyaksikan nasi lemak kini dijual dengan pelbagai lauk  termasuk rendang daging, ayam, sotong, udang, limpa  dan hati (lembu).

Resepi Nasi Lemak Yang Sedap Dan Mudah Dibuat

Nasi lemak biasanya di makan pada waktu pagi. Tetapi kini ianya juga dinikmati  pada waktu makan tengah hari, petang dan malam. Ini menjadikan nasi lemak kini adalah satu sajian makanan yang popular dan ringkas yang menjadi pilihan warga kota yang sibuk. 
nasi lemak sedap
Berikut dikongsikan beberapa resepi Nasi Lemak yang sedap dan mudah di buat:- 

Resepi Nasi Lemak 1

Bahan untuk nasi

  • 3 cawan beras
  • 1 cawan santan 
  • 3 cawan air ( anggaran sajakadar air ikut jenis beras yang anda guna, boleh tambah jika di perlukan)  
  • 3 hiris halia  
  • 1 helai daun pandan  
  • 3 ulas bawang merah ( di hiris) sedikit garam  

Cara-caranya  

Campurkan semua bahan di dalam rice cooker dan masak seperti biasa.   

Bahan Untuk Sambal

  • 6 sudu besar cili giling
  • 3 biji bawang merah 
ditumbuk 2 ulas bawang putih 
ditumbuk 2 biji bawang besar
1 biji bawang ditumbuk dan 1 biji bawang besar hiris  
  • segenggam ikan bilis ( sebahagian di tumbuk, sebahagian lagi di goreng )  
  • sedikit air asam jawa  
  • sedikit belacan jika suka  
  • sedikit garam, gula dan perasa

Cara membuat sambal

  • 1. Tumis cili giling, bawang merah, bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan belacan hingga pecah minyak.  
  • 2. Masukkan air asam, bawang besar hiris dan sedikit air agar sambal tidak terlalu pekat.  
  • 3. Bila sudah mendidih sesuaikan rasa dam masukkan ikan bilis yang telah di goreng.
  • Bahan sampingan lain;
  • ikan bilis goreng timun
  • dihiris kacang tanah telur rebus

Resepi Nasi Lemak 2

3 cawan beras basmathi 
  • ~ cuci bersih dan rendam sekejap 
  • ~ kemudian toskan airnya
2 cawan santan 
  • ~ dari 1 biji kelapa
3 cawan air
Sedikit minyak untuk menumis
2 helai daun pandan 
  • ~ disiat 2 dan disimpul
1 batang serai 
  • ~ dititik
2 sudu teh halba
1 sudu teh garam
2 inc halia 
  • ~ dihiris kasar atau dititik
3 ulas bawang merah ~ dihiris

Cara Memasak

  • Mula-mula kita pijarkan minyak dalam periuk 
  • Tumiskanlan bawang, serai, halia, daun pandan dan halba hingga wangi
  • Masukkan air dan santan
  • Masak hingga mendidih 
  • Tambahkan garam dan kacau rata.
  • Dalam periuk nasi kita tuangkan beras yang telah kita toskan airnya tadi!
  • Kemudian kita tuangkan pula santan yang telah kita masak diatas tadi 
  • Tanaklah nasi seperti biasa.
  • Bila dah masak kacau nasi dengan menggunakan chopsyik supaya beras tak patah
  • Nasi lemak sedia dihidangkan bersama sambal tumis, telur rebus atau telur dadar, timun, kacang goreng
SUMBER

Resepi Nasi Lemak 3

Bahan untuk nasi:

  • 2 cawan beras
  • 1 cawan santan dan 1 cawan air (guna 1/2 cawan santan pekat dan 1 1/2 cawan air)
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 3 hirisan halia
  • secubit garam

Bahan untuk sambal:

  • 6 sudu besar cili kering mesin
  • 4 ulas bawang merah -ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih -ditumbuk
  • 1 biji bawang besar -dihiris
  • segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit belacan (jika suka)
  • garam dan gula

Bahan sampingan lain:

  • Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.

Cara penyediaan:

  • Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
  • Tumis bawang besar, masukkan bawang-bawang yang ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yang ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
  • Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
  • Masukkan garam dan gula. Masak sehingga agak pekat.
  • Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.
SUMBER 

SELAMAT MENCUBA {{{{


{ 7 comments.. read them below or add one }

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 18 September, 2015
sekarang ni suka layan nasi lemak malam-malam...
balqisy baklee balqisy baklee 15 Januari, 2016
tq tq tq... esok pagi nak try buat
Иαƒ Иαƒ 05 Februari, 2016
Try pagi tadi, masak bawa untuk kawan sama, sedap. Habis satu tupperware.. Thanks a lot😘
umi adam faris umi adam faris 09 April, 2016
Twrima kasuh resepi. Boleh bust hujung minggu
MySemakan MySemakan 24 Mei, 2016
Macam Sedap, boleh cuba resepi ini nanti