Sekolah Di Selangor, KL, Putrajaya, NS Dan Melaka Di Arah Tutup 15 September 2015

Sekolah Di Selangor, KL, Putrajaya, NS Dan Melaka Di Arah Tutup 15 September 2015. Akibat keadaan jerebu yang semakin teruk di Malaysia, sekolah-sekolah di Selangor, KL, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka di arah untuk ditutup pada Selasa, 15 September 2015.


Untuk menyemak status bacaan IPU terkini boleh klik di SINI

Senarai Sekolah Diarah Tutup Kerana Jerebu 

Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, P.Kamalanathan menerusi akaun Twitternya sebentar tadi.

sekolah tutup kerana jerebu
"Kami akan mengemas kini adakah perlu sekolah di buka semula pada esok pagi," katanya ketika ditanya sama ada pelajar perlu kembali ke sekolah pada hari Khamis. Rabu adalah Hari Malaysia yang merupakan cuti umum bagi Malaysia
Untuk makluman, cuti sekolah akan bermula Sabtu ini di semua negeri dan pada Jumaat di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu. 

Terkini

MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada 15 Sept 2015 (Selasa) mengumumkan yang sekolah yang ditutup akan dibuka semula apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) di bawah bacaan 150.

16 Sept 2015

Kementerian Pendidikan memaklumkan semua sekolah di seluruh negara dibuka semula pada Khamis, 17 Sept 2015 berikutan keadaan jerebu yang semakin pulih.

Dalam satu kenyataan, kementerian memberitahu keputusan itu dibuat setelah meneliti bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara sehingga petang Rabu.


0 comment... add one now