Senarai Sekolah Tutup Esok 28 September 2015 Kerana Jerebu

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan hari ini mengarahkan semua sekolah di beberapa negeri ditutup esok, Isnin 28 September 2015 ekoran jerebu di mana bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di semua kawasan berkenaan hari ini menunjukkan paras tidak sihat (101-200) atau sangat tidak sihat (201-300).  
jerebu teruk

Senarai Sekolah Tutup Esok 28 September 2015 Kerana Jerebu

Berikut adalah senarai sekolah yang di arah tutup pada 28 September 2015 :-
  1. Selangor
  2. Kuala Lumpur
  3. Putrajaya
  4. Negeri Sembilan 
  5. Dua daerah di Sarawak - Sri Aman dan Samarahan
"Berdasarkan pemantauan berterusan di seluruh negara menerusi IPU pada hari ini (27 September) mendapati beberapa negeri dan bahagian menunjukkan bacaan IPU tidak sihat dan sangat tidak sihat. "Pihak Jabatan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah bagi negeri dan bahagian berkenaan hendaklah memaklumkan kepada sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing akan penutupan ini dengan kadar segera," 
Setakat jam 11 pagi tadi, sebanyak lima kawasan mencatatkan bacaan sangat tidak sihat dengan Shah Alam merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 281 diikuti Batu Muda (256), Pelabuhan Klang (252), Petaling Jaya (232) dan Putrajaya (206).

Bacaan IPU terkini boleh di semak di Semak Bacaan IPU Malaysia

0 comment... add one now