Senarai Sekolah Tutup Esok 29 September 2015

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan selatan Semenanjung Malaysia merekodkan bacaan tidak sihat hari ini kerana jerebu yang menyebabkan semua sekolah di Melaka dan Johor diarah ditutup pada hari Selasa, 29 September 2015. 

Makluman terkini : Sekolah di Johor akan di tutup pada Rabu. 30 September 2015. Klik SINI

Senarai Sekolah Tutup Esok 29 September 2015

  • Johor
  • Melaka
sekolah tutup jerebu
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan yang pemantauan IPU di seluruh negara sehingga pukul 4 petang menunjukkan Johor dan Melaka mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 101-200 dan sangat tidak sihat iaitu 201-300.

Menurut kementerian itu, penutupan akan melibatkan sejumlah 1,178 buah sekolah dan 618,326 orang pelajar di Johor serta 314 buah sekolah dan 156,635 orang pelajar di Melaka.

Sementara itu, pelajar sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Pahang serta di Sri Aman, Kuching, Betong dan Samarahan di Sarawak dan Tanjung Malim di Perak yang ditutup pada Isnin akan di buka semula pada Selasa, 29 September 2015 ekoran bacaan IPU yang merekodkan bacaan yang baik.


0 comment... add one now