Spesifikasi iPhone 6S Dan 6S Plus Yang Baru 2015

Spesifikasi iPhone 6S Dan 6S Plus Yang Baru Dilancarkan 2015. Peminat produk dari Apple yang menantikan produk baru iaitu iPhone 6S dan 6S Plus, ianya telah dilancarkan pagi 9 September 2015 di  Auditorium Bill Graham Civic di San Francisco, Amerika Syarikat.

Syarikat elektronik gergasi Amerika Syarikat inu juga memperkenalkan tablet gergasi iaitu iPad Pro. Sesuai dengan perkembangan teknologi dan keperluan pengguna, Apple telah menggantikan kamera pada iPhone yang baru dengan versi 12MP manakala kamera depan turut dinaiktaraf. Kamera depan kini tampil dengan versi 5MP supaya selfie yang diambil oleh pengguna akan lebih baik dan berkualiti daripada sebelum ini.
iPhone 6S Dan 6S Plus

Spesifikasi iPhone 6S Dan 6S Plus

Bagi peminat Apple yang berminat dengan produk terbaru ini (Harga pasaran Malaysia bagi kedua-dua gajet Apple itu, bagaimanapun masih belum diumumkan), berikut adalah perkara-perkara atau spesifikasi yang perlu anda tahu mengenai gajet terbaru Apple ini seperti dikongsikan dari Astro Awani:
ipad pro

iPad Pro

1. iPad Pro muncul dengan saiz skrin berukuran 12.9 inci, paparan retina beresolusi 2732 x 2048 piksel yang akan memudahkan pengguna menonton video ataupun bermain permainan video.

2. iPad Pro merupakan tablet yang terbesar dalam pasaran Apple, yang disasarkan kepada golongan professional. 

3. iPad Pro menggunakan chipset A9X yang memiliki kepantasan dua kali ganda berbanding chipset A8x yang digunakan pada iPad Air 2.

4. Kamera 8 megapiksel.

5. iPad Pro dilengkapi dengan aksesori-aksesori kibod pintar dan stylus Apple yang dipanggil iPencil.

6. Dengan ketebalan 6.9mm, kelebaran iPad Pro dikatakan sama dengan ketinggian iPad Air.

7. Menurut Apple, iPad Pro boleh didapati di pasaran Amerika Syarikat mulai November ini.

iPhone 6S Dan 6S Plus 2

iPhone 6S dan 6S Plus

1. Apple melancarkan dua edisi iPhone terbaharunya sejajar dengan sasaran syarikat memperkenalkan telefon bimbit berskrin lebih besar.

2. Gajet terbaru ini dilengkapi sebagai sentuhan tiga dimensi yang bertindak balas apabila sentuhan dibuat atas skrin yang membolehkan pengguna melihat aplikasi dan mesej di dalamnya.

3. Edisi terbaru ini menggunakan sistem operasi IOS9 yang menyokong elemen sentuhan 3 Dimensi terbaharu atau ‘3D touch'.

4. iPhone 6S muncul dengan saiz 4.7 inci skrin paparan manakala 6S Plus dengan saiz skrin 5.5 inci.

5. Piksel kamera juga akan dinaik taraf kepada 12 megapiksel.

6. Tambahan dalam koleksi warna telefon iaitu warna ‘rose gold’.

7. Kamera depan dilengkapi dengan 'flash'. 


8. Perisian dalam edisi ini disokong dengan pemprosesan data lebih bertenaga yang membolehkan paparan lebih menarik bagi data berbentuk grafik.


0 comment... add one now