Tarikh Pembentangan Bajet 2018 Malaysia

Bajet 2018 Dibentangkan Pada 27 Oktober 2017. Bilakah tarikh pembentangan Bajet 2018? Menurut sumber Portal Rasmi Parlimen Malaysia, Bajet 2018 dijadual dibentangkan di Parlimen pada hari Jumaat, tarikh 27 Oktober 2017. Perdana Menteri memerangkap Menteri Kewangan akan membentangkan bajet bermula jam 400 petang di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

Fokus Bajet dijangka berkisar kepada Transformasi Nasional 2050 atau TN50, kenaikan kos sara hidup yang memberikan kesan kepada golongan terutama kumpulan B-40 dan M-40. Juga untuk memperkukuh pertumbuhan, memperluas keterangkuman dan memastikan kemampanan fiskal. Serta insentif cukai bersasar.

Bajet 2018

Tarikh Pembentangan Bajet 2018 - Masa Dan Lokasi

Bajet 2018 akan dibentang di Parlimen pada 27 Oktober 2017
  • Tarikh : 27 Oktober 2017 (Jumaat) 
  • Masa: * 400 petang
Untuk makluman, satu laman web khas interaktif telah disediakan oleh kerajaan dalam mendapatkan input, maklum balas dan cadangan rakyat dalam membentuk bajet tahunan negara. Orang ramai adalah digalakkan untuk mengemukakan sebanyak mungkin input dan mengambil bahagian dalam pembentukan #Bajet2018 menerusi laman web khas yang dibuka kepada umum mulai 4 sehingga 18 September 2017.

Sebarang cadangan atau pandangan orang ramai berkenaan butiran Bajet 2018 adalah dialu-alukan. Maklum balas yang merangkumi pelbagai aspek boleh disalurkan menerusi ideabajet2019@treasury.gov.my.

Intipati Bajet 2017

Sebagai rujukan dan panduan, berikut dikongsikan senarai Intipati Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada hari Jumaat, 21 Oktober 2016. 

  1. Bajet 2017 memperuntukkan RM260.8 bilion, peningkatan 3.4 peratus daripada pengubahsuaian Bajet 2016.
  2. Sebanyak RM214.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan
  3. Sebanyak RM77.4 bilion untuk emolumen, RM32 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan
  4. Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi terima agihan tertinggi RM25.9 bilion, diikuti sektor sosial RM12.2 bilion, keselamatan RM5.3 bilion, pentadbiran RM2.5 bilion
  5. Hasil kerajaan Persekutuan 2017 dijangka berkembang tiga peratus kepada RM219.7 bilion
  6. Sasaran kerajaan untuk defisit fiskal tiga peratus daripada KDNK pada 2017
  7. GST hampir RM30 bilion dikutip setakat 19 Okt 2016
  8. KDNK PPP per kapita rakyat Malaysia meningkat daripada US$23,100 pada 2012 kepada US$26,891 pada 2015
  9. Jumlah pelaburan asing yang diluluskan bagi separuh pertama tahun 2016, adalah lebih RM28 bilion, peningkatan 32 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
  10. Cuti Belajar dengan gaji dibayar penuh bersama biasiswa dipanjangkan kepada Kumpulan Pelaksana
  11. Cuti Kuarantin lima hari tanpa rekod kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin
  12. Menaikkan had kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam kepada RM200,000 hingga RM750,000
  13. Gred 56 diwujudkan bagi pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar
  14. RM1.2 bilion bagi membina dan menaik taraf 616 km jalan kampung dan jambatan bagi meningkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan dan bandar
  15. RM4.6 bilion bagi menyelenggara jalan negeri, di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS)
  16. RM350 juta bagi membina dan membaik pulih 17,000 unit rumah usang dan daif di kampung terpencil dan penempatan Orang Asli
  17. RM800 juta untuk Projek Mesra Rakyat seperti menaik taraf dan membina surau, titi, parit, balai raya, pasar dan gerai perniagaan kecil
  18. RM495 juta untuk meneruskan 69 projek Rancangan Tebatan Banjir di seluruh negara
  19. RM200 juta untuk bina 5,000 unit MyBeautiful New Home menerusi NBOS bagi B40 pada harga RM40,000 sehingga RM50,000 seunit, dengan kerajaan membiayai RM20,000
  20. RM275 juta bagi membantu meningkatkan peluang pendapatan rakyat, terutamanya kelompok B40
  21. Peruntukan subsidi hampir RM10 bilion merangkumi subsidi gas memasak, pampasan tol dan pengangkutan awam.
  22. Bantuan BR1M 2017 - isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan bantuan kepada RM1,200
  23. BR1M - isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 dinaikkan bantuan kepada RM900
  24. BR1M - individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 dinaikkan bantuan kepada RM450
  25. RM4.6 bilion bagi memperkasakan program TVET untuk menghasilkan tenaga kerja tempatan yang memenuhi keperluan industri
  26. Kerajaan sediakan tanah di lokasi strategik kepada GLC dan PR1MA untuk membina lebih 30,000 unit rumah berharga antara RM150,000 hingga RM300,000
  27. Membina 10,000 unit rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda pada kadar lebih rendah dari kadar pasaran
  28. Skim pembayaran akhir khas jenis "step-up" untuk program PR1MA, bagi pembiayaan lebih mudah, dengan jum1ah pinjaman mencecah 90 hingga 100 peratus
  29. RM100 juta untuk bina UTC di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor, dan RTC di Selangor, Sabah dan Sarawak
  30. Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 setiap tahun mulai tahun taksiran 2017 bagi pembelian bahan bacaan, komputer, peralatan, surat khabar bercetak, smartphone dan tablet, langganan internet dan bayaran keahlian gimnasium
  31. RM40 juta bagi inisiatif NBOS Bahasa Inggeris 1Malaysia, Coding di sekolah, Volunteering for International Professional dan Global Entrepreneurship Community 2
  32. RM450 juta untuk penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 pada tahun 2017
  33. RM25 bilion bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan
  34. RM20 juta bagi usaha mengurangkan kesesakan hospital awam menerusi kerjasama swasta dan NGO dengan menyediakan pinjaman mudah bagi pembelian peralatan untuk "non-profit charitable" hospital

Untuk Bajet 2018 kali ini, penjawat awam pastinya menantikan dengan penuh debar samada bonus kakitangan awam akan diberikan kali ini seperti tahun-tahun sebelumnya.

Intipati penting Bajet 2018 akan dikongsikan dan dikemaskini semasa pembentangan bajet pada 27 Oktober 2017 nanti.

0 comment... add one now