Borang Pendaftaran MUET Mac 2017 Online

Borang Pendaftaran MUET Sesi Mac 2017 Online. Adalah diingatkan kepada calon yang ingin menduduki peperiksaan MUET Sesi Mac 2017. Calon adalah di nasihatkan untuk mendaftar peperiksaan MUET awal dengan mengisi Borang Pendaftaran MUET Mac 2017 secara online. Permohonan yang lewat selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. Dibawah ini dikongsikan cara-cara membuat pendaftaran MUET sesi Mac 2017 beserta tarikh penting.

Pendaftaran MUET Mac 2017

Borang Pendaftaran MUET Mac 2017 Online

Merujuk kepada Kalendar Peperiksaan MUET 2017 Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), tarikh pendaftaran MUET sesi Mac 2017 adalah seperti ketetapan berikut:-
  • Tarikh pendaftaran di buka : 1 November 2016
  • Tarikh tutup pendaftaran : 9 Januari 2017
  • Tarikh Ujian Speaking : 13, 14, 15, 16, 20 dan 21 Februari 2017
  • Tarikh Ujian Bertulis : 11 Mac 2017
  • Tarikh penting dan cara mendaftar peperiksaan MUET sesi Julai, anda boleh merujuk di MUET Julai 2016

Nota

PENGUMUMAN PENTING: MUET SESI MAC PADA KEBIASAANNYA ADALAH MUET TERAKHIR YANG BOLEH DITERIMA BAGI KEMASUKAN KE PROGRAM SARJANA MUDA  (KEMASUKAN SEPTEMBER).

Cara Membuat Pendaftaran

Pemohon yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi Mac 2017 boleh mengisi Borang Pendaftaran MUET Sesi Mac 2017 Online di laman sesawang MPM di 
  • eSubmission MPM online  
  • * Nota -  Manual Pengguna Pendaftaran MUET Calon Persendirian klik MPM atau di Panduan Pendaftaran
  • Klik pada butang ‘Daftar pengguna’ atau hiperlink ‘Daftar Pengguna’ 
  • PERINGATAN :  Calon dinasihati agar membeli dahulu nombor pin dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mendaftar sebagai pengguna portal.

Kalendar Jadual Peperiksaan MUET Tahun 2016 

Sebagai rujukan, berikut dikongsikan juga kalendar MUET 2017 untuk panduan tarikh penting pendaftaran dan ujian sesi lain Julai dan November.

Borang Pendaftaran MUET Mac 2017 Online
* Sebarang perbuahan akan dikongsikan dari masa kesemasa 
Semoga panduan Borang Pendaftaran MUET Sesi Mac 2017 Online ini bermanfaat kepada semua. Sebarang masalah atau pertanyaan sila luahkan di ruangan komen di bawah ini. 

{ 31 comments.. read them below or add one }

NORATIKAH AHAYAT NORATIKAH AHAYAT 02 Disember, 2015
Terima kasih ya. Info yang sangat menarik
Muhd Fatah Muhd Fatah 06 Disember, 2015
Assalamualaikum... pin muet tu brp lama tempoh sah laku nya? sbb sya xdpt log in sbgai pgguna kat MPM... lupa paswod, pastu bila sya nk reset paswod xsmpai2 pula...
Rossa Calla Rossa Calla 06 Disember, 2015
Boleh rujuk di http://portal.mpm.edu.my/web/guest/arahan-dan-panduan-pendaftaran-calon. Kalau x boleh terus hubungi MPM
HANIF ALZUFRI HANIF ALZUFRI 30 Disember, 2015
Assalamualaikum. Saya ada masalah ketika mahu mendaftar. No pin MEC saya dikatakan tidak betul. Saya telah masukkan No pin MEC yang betul seperti yang tertera di slip pembelian bagi menduduki MUET sesi MAC 2016.
Tanpa Nama Tanpa Nama 03 Januari, 2016
assalamualaikum. nk bertanya. utk pembelian no pin muet ni perlu ikut sesi juga ke? kalau saya nk mndftr utk sesi julai 2016, sy perlu tggu tarikh tertentu atau bila2 masa je boleh beli no. pin tersebut? mohon penjelasan, thanks in advance.
Rossa Calla Rossa Calla 03 Januari, 2016
Yup. sila rujuk pembelian pin di bsn di http://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=289. Untuk panduan pendaftaran MUET, sila rujuk panduan di http://online.mpm.edu.my/c/document_library/get_file?uuid=dd0407f0-d638-4194-9268-d224b265629c&groupId=10170.
Rossa Calla Rossa Calla 03 Januari, 2016
Boleh refer di sini, Jika dalam tempoh 1 jam tiada balasan email mengenai lupa katalaluan, calon boleh menghantar terus ke email mpmadmin@mpm.edu.my atau menghubungi MPM di talian 0361261691/1692
N Fewninx N Fewninx 05 Januari, 2016
Muet boleh repeat ke ye? And macam mana nak repeat? Atau ambik je exam Muet paper Mac?
Tanpa Nama Tanpa Nama 05 Januari, 2016
saya nak tanya jika nak ulang muet mac 2016.perlu beli no pin sama dengan seperti calon baru dan boleh atau tidak saya ulang 1 atau subjek (paper) sahaja atau kena ulang semua semula.harap dapat tolong masa dah lewat.muet yg lepas nov band 2.
nurul hikmah nurul hikmah 06 Januari, 2016
salam. saya dah ambil muet sesi nov lepas dan result yg saya dapat kurang memuaskan. sy difahamkan boleh apply utk calon persendirian. saya nak guna result muet utk apply degree intake sept ni. memandangkan muet sesi mac ini shj yang available untuk guna apply degree intake september 2016 nanti, saya nak tanya kalau result mac tu kelua adakah result yang nov tak dikira? hanya guna result terus ke mcm mana? and kalau nak repeat mac ini ada beza tak cara nak register or ada bayaran tambahan? ke register je macam biasa mcm baru first time register and tak pernah ambik muet? mcm tu ke? lastly kalau nak register as a private mcm mana ye? hopefully blh reply cepat ye masa dh suntuk. hehe thankyou for your attentions.
Rossa Calla Rossa Calla 06 Januari, 2016
Haraf adik baca nota panduan permohonan dan pendaftaran tu dulu ya. ada 2 link disertakan di atas
runayila runayila 06 Januari, 2016
Sy dah hubungi no tu dari pagi tapi sampai sekarang takde orang angkat call
Rossa Calla Rossa Calla 06 Januari, 2016
cuba email pulak mpmadmin@mpm.edu.my
muzakkir yaacob muzakkir yaacob 07 Januari, 2016
sempat lagi ka nak beli no pin esok pastu nak daftar muet esok, sampai pukul berapa ya? maaf la pakcik dah tua. tak sempat nak online.
Rossa Calla Rossa Calla 07 Januari, 2016
Boleh cuba. ye lah pakai online ni kadang2 mudah dan cepat. Tapi kalu hujung2 ini biasanya congested. ramai yang masuk
haniaz haniaz 07 Januari, 2016
Saya nak tanya, adik saya dah beli no pin untuk MUET sesi mac. tapi dia kat tak dapat nak ambil pada sesi tersebut. Jadi, no pin tersebut laku lagi tak untuk sesi hadapan?
Rossa Calla Rossa Calla 07 Januari, 2016
Bayaran pembelian PIN MEC tidak akan dikembalikan sekiranya calon gagal mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan. PIN MEC yang telah dibeli itu juga tidak boleh digunakan untuk mendaftar MUET sesi yang berikutnya. Rujuk di panduan http://portal.mpm.edu.my/web/guest/arahan-dan-panduan-pendaftaran-calon
Ikhwan Ikhwan 07 Januari, 2016
Boleh ke saya beli pin muet pada 8 januari 2016? Dan muet sesi mac boleh ke untuk masuk pengambilan ijazah sesi september? Tq in advance
Rossa Calla Rossa Calla 07 Januari, 2016
Tarikh tutup 8 Jan 2016. Rujuk laman web BSN di disini http://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=289.
Result MUET Mac 2016 biasanya keluar pada bulan Mei.Jun 2016
Tanpa Nama Tanpa Nama 08 Januari, 2016
pendaftaran tutup pada 8 januari tu pada 11.59 pm atau pada 00:00?
Bonifave George Bonifave George 08 Januari, 2016
Salam Sejahtera ,kolej says viralkan bhw last isi muet ulangan no pada 8 Jan 2016 pukul 5 pm . Tapi bila sy isi permohonan ulangan tadi katanya sudah ditutup 😭😭 mcm mana ni pin sdh beli . Boleh tlg ? anyone
Tanpa Nama Tanpa Nama 08 Januari, 2016
Rasanya bukan pemohonan ulangan. Pwndaftaran baru rasaaa..
Tanpa Nama Tanpa Nama 08 Januari, 2016
Sebelum waktu pejabat. Sama macam upu
Unknown Unknown 22 Februari, 2016
Saya nak tanya kalau nak ambik MUET sesi july maknanya tarikh pendaftaran utk beli no pin pada 15 mac tu boleh beli dah la?
Unknown Unknown 29 Februari, 2016
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
faaizah zaruu faaizah zaruu 29 Februari, 2016
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown Unknown 23 Mac, 2016
Bila result muet sesi mac 2016 keluar ek??
Rossa Calla Rossa Calla 23 Mac, 2016
Jangkaan pada awal mei 2016
Unknown Unknown 24 Mac, 2016
bila keputusan muet sesi mac 2016 keluar??
Tanpa Nama Tanpa Nama 03 Mei, 2016
Maaf, nak tanya. Jika lupa katalaluan,tak ada cara lainkah utk kite selesaikan. Kerana sistem tanya siapa nama bapa anda and saya jawab. Kemuadian dy kata data tidak sah.
Faiz Hyo Faiz Hyo 01 September, 2016
Hai, saya nak tanya,saya pelajar lepasan diploma tahun 2016 dan berhasrat untuk sambung degree tahun 2017/2018, tetapi saya masih tiada muet dan terlepas sesi november 2016. Saya ingin tanya boleh ke permohonan saya diterima jika saya mengambil exam muet pd bulan sesi mac 2017? Adakah diterima permohonan saya?