Demam Kepialu Punca Dan Cara Rawatan

Kebersihan diri dan makanan adalah penting bagi mengelakan tersebarnya wabak demam kepialu atau tifoid (Typhoid Fever) yang kini dilaporkan menular di beberapa kawasan di ibu negara walaupun ianya terkawal. 

Apa Itu Demam Kepialu ?

Demam Kepialu ialah sejenis penyakit berjangkit yang memberi kesan kepada beberapa organ badan dan disebabkan oleh kuman Kepialu (Salmonella typhi) yang biasanya terdapat di dalam air kencing dan najis pesakit Kepialu dan pembawanya. Salmonella typhi adalah sejenis bakteria yang sama daripada genus yang sama yang menyebabkan keracunan makanan salmonella.

Demam Kepialu

Bagaimana Demam Kepialu Boleh Merebak

Ianya boleh merebak melalui kaedah berikut :-
  1. Penyakit ini direbakkan oleh orang-orang yang tidak mengamalkan kebersihan diri, makanan dan alam sekeliling dengan sempurna.
  2. Mereka membawa kuman-kuman di badan dan di tangan mereka. Penyaji makanan yang tidak membasuh tangan mereka dengan teliti akan mencemarkan makanan dan minuman yang mereka sediakan dan sajikan.
  3. Seorang pesakit Kepialu atau pembawanya yang membuang najis di merata-rata tempat adalah merbahaya kerana najis-najis ini akan mencemarkan bekalan air atau makanan melalui cara-cara berikut : -
  4. Hujan yang turun kemudian mengalirkan air yang bercampur najis masuk ke dalam telaga. Seterusnya punca air tersebut pun dicemarkan dengan kuman-kuman kepialu.
  5. Lalat yang menghinggap najis tadi kemudian akan hinggap pula diatas makanan yang terdedah atau yang tidak ditutup dengan teliti.
  6. Dengan demikian, sesiapa yang memakan makanan yang dihinggap lalat tadi akan dijangkiti DEMAM KEPIALU.

Cara Pencegahan Demam Kepialu

  1. Basuh semua sayur-sayuran dan buah-buahan dengan teliti sebelum dimakan. Elakkan dari makanan mentah terutama dimusim wabak
  2. Basuh semua pinggan mangkuk dengan menggunakan air yang bersih
  3. Masak air yang hendak diminum
  4. Cuci tangan dengan sabun dan air yang bersih selepas membuang air besar dan sebelum menyedia atau memakan makanan.
  5. Tutup/Tudung semua makanan supaya tidak dihinggap lalat
  6. Gunakan penyepit, bukan dengan tangan untuk mengambil makanan
  7. Sediakan makanan di tempat tinggi bukan di atas lantai
  8. Gunakan tandas yang sempurna dan jangan membuang air besar di merata tempat
  9. Bersihkan kawasan sekeliling untuk mengelakkan dari pembiakan lalat
  10. Berjumpalah doktor di klinik-klinik atau hospital yang berdekatan sekiranya anda mengidap cirit-birit, sakit perut atau demam.
basuh tangan

Tanda-Tanda Jangkitan Demam Kepialu

Tanda-tanda jangkitan awal kebiasaannya sederhana dan boleh sembuh dalam masa dua minggu. Tanpa rawatan, satu dalam lima kes typhoid boleh membawa maut sementara mereka yang selamat mungkin mengalami masalah fizikal atau mental. Kerana itulah demam typhoid perlu dirawat secepat mungkin dengan antibiotik. Kes typhoid yang serius memerlukan rawatan di hospital dan suntikan antibiotik.

Anda mungkin mengalami jangkitan jika mengalami simptom-simptom berikut:

  •     Suhu badan tinggi: 39-40°C (103-104°F)
  •     Sakit perut
  •     Sakit kepala
  •     Sembelit atau cirit-birit

Cara Rawatan

  1. Dapatkan vaksin: Terdapat dua jenis vaksin yang memberikan anda perlindungan daripada demam kepialu. Temui pakar kesihatan anda tentang imunisasi yang betul.
  2. Minum air yang telah dibasmi kuman menggunakan bahan kimia, dibotolkan atau dididihkan: Sekiranya air itu tidak dididihkan terlebih dahulu, elakkan meminum, membasuh makanan atau memberus gigi dengan air paip. Hanya ambil minuman berbotol jika boleh atau air yang telah dibasmi kuman secara bahan kimia.
  3. Elakkan makan makanan yang tidak dimasak: Pastikan makanan yang anda ambil dimasak sepenuhnya untuk menghapuskan kuman-kuman merbahaya.
  4. Amalkan kebersihan tangan yang baik: Ingat untuk membasuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air bersih. Jika anda di luar dan tidak menemui sabun atau air, gunakan Pembasmi Kuman Tangan untuk membunuh 99.9% kuman.
SUMBER : Dettol & MPAJ


0 comment... add one now