Gambar Trak 'Mack' Milik Sultan Johor Paling Mahal

Gambar Trak 'Mack' Milik Sultan Johor Paling Mahal. Impian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar untuk memilik trak Mack paling mahal di dunia akhirnya tercapai apabila trak itu diserahkan kepada baginda di satu majlis penyerahan yang diadakan di kawasan pusat perniagaan King George Square di Brisbane, Australia hari ini.

Gambar Trak 'Mack' Paling Mahal Milik Sultan Johor

Sultan Johor cukup berpuas hati dan gembira dengan hasil akhir kenderaan tersebut di mana Trak Super-Liner tersebut mengambil masa setahun untuk dibina di ibu pejabat pengilang, Wacol, barat daya Brisbane.
Gambar Trak 'Mack' Sultan Johor
“Saya sentiasa menghargai kemahiran kejuruteraan di Australia dan telah mengumpul beberapa kereta Holden sebelum ini,”
“Saya tidak sabar untuk menunjukkan mutu kerja kepada rakyat Johor sebaik sahaja Super-Liner ini tiba nanti” katanya.

Antara ciri-ciri trak Mack Sultan Johor ini adalah enam kamera CCT, dua skrin TV, ruang dapur, tempat barbeku, katil dua tingkat dan kerusi yang dijahit dengan 72, 000 jahitan benang emas.

Gambar Trak 'Mack' Sultan Johor
Lebih menarik, bahagian depan trak tersebut dihias dengan lambang harimau yang sedang mengaum diperbuat daripada emas.

"Ini impian beta, adakah beta tersenyum?", kata baginda ketika mengulas tentang trak tersebut.
Harga sebenar trak itu dirahsiakan tetapi menurut rekod, trak itu semestinya lebih mahal dari trak sebelumnya yang berharga A$481,000 (RM1.5juta).


Gambar Trak 'Mack' Sultan Johor
Gambar Trak 'Mack' Sultan Johor

Trak tersebut dijangka tiba di Malaysia hujung bulan ini dan pemanduan pertamanya akan dilakukan bagi tujuan amal. Trak tersebut dapat menghasilkan 685hp kuasa kuda dan mempunyai kelajuan maksimum 100km/h.



0 comment... add one now