Harga Dan Spesifikasi Nissan Navara Baru 2015

Harga Dan Spesifikasi Nissan Navara NP300 Baru 2015. Kenderaan 4WD jenis Nissan Navara merupakan di antara model popular kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Malaysia selain Toyota Hilux, Ford Ranger, Mitsubishi Triton dan sebagainya. 

Berita baik kepada pengemar kenderaan Nissan Navara ini apabila pihak Nissan akan melancarkan model terbaru "Nissan NP300 Navara Serba Baharu" pada bulan November 2015 nanti. Dan bermula 13 Oktober 2015, anda boleh membuat tempahan pikap terbaru ini di mana-mana bilik pameran Nissan di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web www.np300navara.com.my

Harga Dan Spesifikasi Nissan Navara Baru NP 300 2015

Mengikut Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) yang dipetik dari Astro Awani,  harga anggaran bagi model Navara baru ini adalah seperti berikut:
Harga Nissan Navara Baru 2015

Spesifikasi Nissan Navara Baru 2015

  1. Navara baru ini bakal dilengkapkan dengan spesifikasi menarik seperti berikut :-
  2. Enjin 2.5L YD25DDTi generasi ketiga menjana sehingga 187hp dan tork sebanyak 450Nm
  3. Enjin dengan output paling tinggi di dalam segmennya
    Transmisi automatik 7-kelajuan.
  4. Menggunakan suspensi belakang jenis multi-link dan bukan jenis dedaun yang lazim untuk kenderaan seperti ini. 
  5. Lampu utama LED
  6. DRL
  7. Rim 18-inci.
Nissan Navara NP300

Spesifikasi Dalaman

  • Menampilkan Zero Gravity Inspired Seats yang membantu mengurangkan keletihan pemanduan sewaktu perjalanan.

Ciri Keselamatan

Model ini dilengkapkan dengan ciri-ciri keselamatan iaitu :-
  • Active Brake Limited Sli
  • Hill Start Assist
  • Hill Descent Control
  • Traction control.
Nissan Navara Baru 2015 NP300

Lain-Lain Ciri Navara Baru 2015

NP300 Navara menawarkan empat warna iaitu
  • Oren Savana (Savanna Orange serba baru)
  • Perak (Tungsten Silver)
  • Hitam (Diamond Black)
  • Putih (Brilliant White)

Jadual Siri Jelajah Nissan 2015

Bagi yang berminat dan teruja untuk memiliki kenderaan Navara NP300 baru ini, anda boleh mengunjungi Siri Jelajah Nissan yang berlangsung di seluruh negara bermula pada 15 Oktober 2015. Jadual siri jelajah tersebut adalah seperti di bawah:

Tarikh            Wilayah     Lokasi
15 - 18 Okt     Timur     Kota Bharu Mall
21 - 25 Okt     Tengah     1 Utama Shoping Mall
6 – 8 Nov     Selatan     Batu Pahat Mall
10 – 15 Nov     Utara     Aeon Station 18
12 – 15 Nov     Tengah     ASEAN Auto Show
12 – 15 Nov     Utara     Sunway Carnival Mall
15 – 21 Nov     Timur     Tesco Kota Bharu
18 – 22 Nov     Tengah     IOI City Mall
20 – 22 Nov     Sabah     Imago Kota Kinabalu
20 – 22 Nov     Sarawak     City One Kuching
20 – 22 Nov     Selatan     Mydin Seremban


0 comment... add one now