Intipati Penting Bajet 2016 Malaysia

Intipati Bajet 2016 Malaysia. Berikut adalah beberapa intipati penting Bajet 2016 bertemakan "Mensejahtera Kehidupan Rakyat" yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat pada Jumaat, 23 Oktober 2015.  

Intipati Bajet 2016 Malaysia 

Lima tunjang utama dalam Bajet 2016 adalah seperti berikut :-
  1. Memperteguh ketahanan ekonomi negara
  2. Meningkatkan produktiviti, Inovasi dan teknologi hijau
  3. Mempersiaga modal insan
  4. Memperkasa agenda bumiputera 
  5. Meringankan kos sara hidup rakyat
Bajet 2016 Malaysia

Berikut adalah beberapa intipati penting Bajet 2016 :-
  1. * Bajet 2016 memperuntukkan RM267.2 bilion, berbanding RM260.7 bilion peruntukan dipinda 2015.
  2. * RM215.2 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM52 bilion untuk perbelanjaan pembangunan 
  3. * RM70.5 bilion untuk emolumen, RM36.3 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan   * Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM30.1 bilion
  4. * Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat RM13.1 bilion
  5. * Peruntukan sektor keselamatan RM5.2 bilion
  6. * Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2016, diunjurkan RM225.7 bilion, meningkat RM3.2 bilion berbanding 2015.
  7. * Defisit fiskal kerajaan dijangka menguncup kepada 3.1 peratus pada 2016.
  8. * Sasaran sumbangan pelaburan domestik kepada KDNK pada 26.7 peratus bagi tahun 2016
  9. * Pembangunan Malaysian Vision Valley dengan unjuran pelaburan permulaan RM5 bilion
  10. * Pembangunan Cyber City Centre di Cyberjaya dengan nilai pembangunan RM11 bilion
  11. * Pembangunan Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA dengan pelaburan RM7 bilion
  12. * Pelaburan RM6.7 bilion oleh Khazanah Nasional dalam sembilan projek domestik berimpak tinggi  
  13. * Projek RAPID Complex Pengerang, Johor dengan pelaburan dianggarkan RM18 bilion
  14. * Projek Rubber City di Kedah dengan peruntukan RM320 juta, Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak (RM142 juta) dan Jeti Minyak Kelapa Sawit di Sandakan, Sabah (RM20 juta)
  15. * Elaun Pelaburan Semula Khas dalam sektor pengilangan dan pertanian terpilih bagi syarikat sedia ada
  16. * Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah
  17. * Skim Dana Pembiayaan PKS Patuh Syariah sehingga 31 Dis 2017
  18. * Peruntukan RM107 juta untuk melaksanakan Pelan Induk PKS 
  19. * Peruntukan RM60 juta untuk Skim Anjakan Usahawan serta Skim Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS
  20. * Peruntukan RM200 juta untuk menubuhkan dana pinjaman SME Technology Transformation Fund di bawah SME Bank
  21. * Membina dan menambah baik pengangkutan rel dan lebuh raya
  22. * RM900 juta untuk projek penyuraian trafik Jalan Tun Razak
  23. * Kajian pembinaan lebuh raya pesisiran pantai Masjid Tanah-Klebang-Jambatan Syed Abdul Aziz di Melaka
  24. * RM42 juta untuk membina Lapangan Terbang Mukah, Sarawak, menaik taraf lapangan terbang di Kuantan dan Kota Bharu
  25. * Kajian pembesaran landasan Lapangan Terbang di Batu Berendam, Melaka
  26. *SKMM sediakan RM1.2 bilion untuk projek jalur lebar luar bandar, National Fiber Backbone Infrastructure, jalur lebar kelajuan tinggi dan sistem kabel dasar laut
  27. * RM250 juta untuk projek pendigitalan penyiaran nasional bagi tingkatkan kualiti audio visual dan beri nilai tambah kandungan tv
  28. * RM1.4 bilion untuk membina dan menaik taraf jalan luar bandar
  29. * RM878 juta untuk projek Bekalan Elektrik Luar Bandar kepada 10,000 rumah
  30. * RM568 juta untuk Projek Bekalan Air Luar Bandar kepada 3,000 rumah
  31. * Kerajaan sasar 30.5 juta pelancong pada 2016, menyumbang RM103 bilion kepada ekonomi negara
  32. * Permohonan visa secara dalam talian untuk China, India, Myanmar, Nepal, Sri Lanka, Amerika Syarikat dan Kanada
  33. * RM450 juta untuk pelbagai program pertanian berimpak tinggi
  34. * RM190 juta kepada Fama untuk Program Penurunan Harga untuk tambah 50 Pasar Tani dan wujudkan 150 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia
  35. * Penjenamaan semula Mardi, Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan
  36. * RM235 juta untuk Program Promosi 1Malaysia, Dana Eksport Perkhidmatan dan Dana Promosi Eksport di bawah Matrade.
  37. * RM150 juta disalurkan kepada Teraju untuk program memperkasa Bumiputera
  38. * Perkhidmatan pengangkutan kelas ekonomi udara domestik di Sabah, Sarawak dan Labuan bagi laluan Perkhidmatan Udara Luar Bandar dikecualikan GST
  39. * RM70 juta untuk skim pinjaman tanpa faedah melalui BSN untuk membina dan membaik pulih rumah termasuk rumah panjang di Sabah dan Sarawak dengan had pinjaman RM50,000
  40. * RM260 juta untuk Program 1Harga 1Sarawak dan 1Harga 1Sabah untuk memastikan keseragaman harga barangan terpilih di seluruh negara
  41. * RM115 juta untuk Program Khas Bumiputera Sabah dan Sarawak terutama untuk tanah hak adat Bumiputera
  42. * RM600 juta kepada Tekun meliputi RM500 juta untuk usahawan Bumiputera, RM100 juta untuk usahawan India
  43. * RM300 juta untuk Program Kemajuan dan Pembangunan Masyarakat Orang Asli      
  44. * Membina 175,000 rumah PR1MA, 10,000 Rumah Mesra Rakyat, 100,000 PPA1M serta 22,300 pangsapuri dan 9,800 rumah teres menerusi Program Perumahan Rakyat
  45. * RM180 juta untuk penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi memperkukuhkan pengurusan bencana alam
  46. * RM730 juta bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir seluruh negara
  47. * RM1.4 bilion untuk menambah baik perkhidmatan awam berkuat kuasa 1 Julai 2016 termasuk memberi satu kenaikan gaji tahunan, menambah baik 252 skim perkhidmatan, gaji permulaan serendah RM1,200
  48. * Kategori baru penerima BR1M iaitu senarai e-Kasih berpendapatan bawah RM1,000, yang akan menerima BR1M RM1,050
  49. * Pemberian khas RM500 kepada penjawat awam dan RM250 kepada pesara   
Berikut pula di antara intipati ekonomi Bajet 2016 :-
  1. *Ekonomi mampu berkembang sebanyak 5.3 peratus bagi separuh pertama 2015 dan dianggar mencapai 4.5 hingga 5.5 peratus sepanjang tahun.
  2. *KDNK negara dijangka berkembang pada kadar empat hingga lima peratus pada 2016, dipacu oleh pelaburan dan penggunaan swasta masing-masing pada kadar 6.7 dan 6.4 peratus.
  3. *Eksport dijangka tumbuh pada kadar 0.9 peratus dan import 1.5 peratus.
  4. *Sektor pembinaan berkembang 8.4 peratus, perkhidmatan 5.4 peratus, manakala pembuatan sebanyak 4.3 peratus.
  5. *Kerajaan dapat mengurangkan defisit fiskalnya daripada 6.7 peratus kepada 3.2 peratus yang dijangka pada tahun ini.
  6. *Kemasukan pelaburan asing terus kukuh pada RM22.4 bilion.
  7. *Negara dijangka terus berada dalam inflasi terkawal antara dua dan tiga peratus.
  8. *Jumlah syarikat yang berdaftar dengan GST hampir 400,000 dengan kadar patuh serahan atau 'submission' lebih 90 peratus.
  9. *Harga minyak dijangka kekal rendah pada 2016 dan kutipan hasil daripada sumber berkaitan dianggar RM31.7 bilion atau penyusutan pendapatan.
  10. *Hasil kutipan GST dikembalikan semula demi manfaat ramai.
  11. * Jika GST tidak dilaksanakan dan kita masih dengan sistem SST, hasil negara akan berkurangan sebanyak RM21 bilion.
  12. *Kutipan GST adalah sebanyak RM39 bilion.
  13. *Kerajaan bersedia memberi pelepasan GST terhadap beberapa lagi barangan asas kehidupan rakyat.
  14. *Tujuh langkah penambahbaikan layanan GST berkuat kuasa 1 Januari 2016 termasuk semua jenis ubat terkawal, barangan makanan seperti susu bayi dan kanak-kanak berasaskan soya dan susu organik.
  15. *Pengguna prabayar warga Malaysia akan mendapat kembali rebat bersamaan dengan amaun GST yang dibayar mulai 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016.
  16. *Banjaran pendapatan bercukai bagi kadar cukai tertinggi ditingkatkan daripada 25 peratus kepada 26 peratus bagi mereka yang berpendapatan antara RM600,000 dan RM1 juta.
  17. *Bagi mereka berpendapatan melebih RM1 juta, kadar cukai akan dinaikkan daripada 25 peratus ke RM28 peratus.
  18. *Peruntukan Bajet 2016 adalah sebanyak RM267.2 bilion berbanding RM260.7 bilion peruntukan dipinda 2015.
  19. *Daripada jumlah peruntukan bajet itu, RM215.2 bilion adalah untuk perbelanjaan mengurus dan RM52 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
  20. *Peruntukan mengurus RM70.5 bilion adalah untuk emolumen dan RM36.3 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.
  21. *Sebanyak RM100.6 bilion adalah pemberian dan kenaan bayaran tetap.
  22. *Pembelian aset pula diperuntukkan sebanyak RM761 juta dan RM1 bilion kepada perbelanjaan lain.
  23. *Peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak RM30.1 bilion di ikuti oleh sektor sosial RM13.1 bilion.
  24. *Sektor keselamatan mendapat peruntukan sebanyak RM5.2 bilion.
  25. *Sektor pentadbiran am mendapat sebanyak RM1.6 bilion dan simpanan luar jangka RM2 bilion.
  26. *Bagi 2016, kutipan hasil kerajaan persekutuan dianggar sebanyak RM225.7 bilion, peningkatan sebanyak RM3.2 bilion berbanding 2015.
  27. *Aktiviti pelaburan domestik akan terus dirancak dengan jangkaan sumbangan kepada KDNK pada 26.7 peratus bagi 2016.
  28. *Pelaburan permulaan di Malaysian Vission Valley adalah sebanyak RM5 billion.
  29. *Melaksanakan Cyber City Centre di Cyberjaya dengan nilai pembangunan hampir RM11 bilion dalam tempoh lima tahun.
  30. *Membangunkan Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA yang dijangka menarik pelaburan sebnyak RM7 bilion
  31. *Pelaburan RM6.7 bilion oleh Khazanah Nasional Bhd dalam sembilan projek domestik berimpak tinggi
  32. *Khazanah Nasional juga memperuntukkan RM500 juta untuk modal teroka dan dana ekuiti persendirian
  33. *Pelaburan seterusnya sebanyak RM18 bilion bagi Projek RAPID Complex di Pengerang, Johor untuk 2016
  34. *Memperuntukkan RM320 juta bagi pembangunan Rubber City di Kedah
  35. *Memperuntukkan RM142 juta bagi pembangunan Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak
  36. *Memperuntukkan RM20 juta bagi pembangunan Jeti Minyak Kelapa Sawit di Sandakan, Sabah
  37. *Insentif baharu Elaun Pelaburan Semula Khas akan diberikan bagi menggalakkan pelaburan semula
  38. *Potongan cukai diberikan ke atas kos penerbitan sukuk 'Sustainable and Responsible Investments' dan pengecualian duti setem sebanyak 20 peratus ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah
  39. *Peruntukan untuk Skim Dana pembiayaan PKS Patuh Syariah sehingga 31 Dis 2017 ditambah RM1 bilion
  40. *Peruntukan untuk pelan Induk PKS bagi pemberian dana pada pelbagai peringkat perniagaan sebanyak RM107 juta.
  41. *Peruntukan untuk Skim Anjakan Usahawan dan Skim Peningkatan Kapasiti serta Keupayaan PKS sebanyak RM60 juta
  42. *Penubuhan dana pinjaman mudah SME Technology Fund sebanyak RM200 juta di bawah SME Bank pada kadar faedah empat peratus
  43. *Sejumlah RM18 juta diperuntukkan untuk memperluaskan Projek Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) dan Projek Automative Workshop Modernisation (ATOM)
  44. *Infrastruktur logistik akan terus ditambah baik termasuk Lebuhraya Damansara-Shah Alam, Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang, Lebuhraya Pulau Indah dan Lebuhraya Central Spine Road
  45. *Sebanyak RM900 juta diperuntukkan untuk Projek Penyuraian Trafik Jalan Tun Razak yang akan dilaksana secara kerjasama strategik awam-swasta
  46. *Pembinaan lebuh raya persisiran pantai Masjid Tanah ke Klebang dan dari Klebang ke Jambatan Syed Abdul Aziz di Melaka akan dikaji
  47. *Sejumlah RM42 juta disediakan bagi pembinaan Lapangan Terbang Mukah, Sarawak dan menaik taraf lapangan terbang di Kuantan dan Kota Baharu
  48. *Kajian pembesaran landasan di lapangan terbang di Batu Berendam, Melaka, akan dilaksanakan
  49. *Sebanyak RM1.4 bilion diperuntukkan bagi membina serta menaik taraf jalan luar bandar sepanjang 700 kilometer di seluruh negara
  50. *Sejumlah RM200 juta disediakan bagi menaik taraf jalan di kawasan penempatan Felda

0 comment... add one now