Gambar Dan Spesifikasi JDT Batu Bus

Bas yang digunakan bagi membawa pemain pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk beraksi di tempat lawan berisiko kini dilengkapi dengan ciri keselamatan yang tinggi dan dikenali sebagai JDT Batu Bus (Bas Batu JDT).
JDT Batu Bus 1

Gambar Dan Spesifikasi JDT Batu Bus

Berikut di antara ciri-ciri yang dipasang pada bas tersebut :-
  • Pemasangan kamera cctv di sekeliling bas yang dilengkapi pencahayaan dan kebolehupayaan 'zoom' untuk jarak jauh
  • Jaring besi boleh anjal bagi mengelakkan balingan objek keras turut dipasang serta penghadang besi 'kangaroo bar' untuk menahan rempuhan
Menurut laman Facebook pasukan JDT - Johor Southern Tigers, bas ini akan digunakan oleh pasukan berkenaan apabila membabitkan perlawanan bertemu lawan yang mempunyai penyokong berisiko tinggi. Ia adalah berdasarkan kepada insiden yang pernah berlaku sebelum ini. Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim berkata, penggunaan bas itu adalah kerana pihaknya sentiasa mengutamakan keselamatan pemain dan pengurusan pasukan. 
"Tindakan yang kami ambil adalah atas faktor keselamatan dan bukannya provokasi. Jadi, cukup-cukuplah cuba mencari salah kami. "Johor adalah negeri peneraju dari dulu hinggalah ke hari ini. Kami di PBNJ hanya mahu bersaing dan bermain bola sepak,"

Gambar JDT Batu Bus

JDT Batu Bus 2

JDT Batu Bus 3

JDT Batu Bus 4

JDT Batu Bus 5
Gambar sumber FB Johor Southern Tigers


0 comment... add one now