Johor Cuti Peristiwa Esok Jika Menang Piala AFC 2015

Johor Cuti Esok Jika JDT Jadi Juara Piala AFC 2015. Berita baik buat rakyat Johor apabila Kerajaan Negeri mengumumkan yang Johor akan bercuti esok jika pasukan JDT menjadi juara dalam pertemuan final AFC Cup 2015 bertemu FC Istiklol malam ini. Berikut adalah pengumuman berkenaan Cuti Khas Peristiwa yang dipetik dari FB Johor Southern Tigers.

CUTI PERISTIWA SEKIRANYA JOHOR DARUL TA'ZIM MENANG PIALA AFC 2015

* Esok Johor cuti peristiwa. Ahad 1 November 2015 selepas pasukan JDT menjuarai Piala AFC 2015

Kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari esok, Ahad 1hb November 2015 sebagai cuti khas peristiwa untuk seluruh negeri Johor sekiranya kemenangan berpihak kepada pasukan Johor Darul Ta'zim pada perlawanan akhir Piala AFC menentang FC Istiklol hari ini. Perlawanan yang dijadualkan pada jam 5.00 petang waktu tempatan di Stadium Central Republican, Dushanbe Tajikistan ini juga merupakan satu kejayaan buat JDT apabila berjaya mara hingga ke peringkat akhir dan pastinya lebih manis seandainya dapat membawa pulang piala tersebut ke Johor. Bersama-sama kita mendoakan kejayaan dan kemenangan berpihak kepada Johor Darul Ta'zim. 

YB Dato' Haji Ismail Bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor

 

Johor Cuti Esok

Saksikan perlawanan ini secara langsung Live Streaming di TV9 bermula jam 730 malam, Sabtu, 31 Oktober 2015.



0 comment... add one now