Jumlah Bayaran BR1M Tahun 2018

Jumlah Bayaran BR1M Tahun 2018. Berita baik buat seramai 7 juta penerima BR1M. Menerusi pengumuman Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 27 Oktober 2017, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diteruskan dengan kadar maksimum sehingga RM1,200. Ini bermakna, jumlah bayaran BR1M akan kekal seperti tahun 2017. Pada tahun lepas, jumlah bantuan telah dinaikkan untuk semua kategori penerima. Kenaikan jumlah bantuan adalah dari RM50 sehingga RM200 termasuk kategori e-kasih.

Terkini : Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa tempoh pendaftaran BR1M 2018 akan dilanjutkan sehingga 25 Januari 2018 (Khamis)

Jumlah Bantuan BR1M 2018

Jumlah Pembayaran BR1M 2018

Jumlah amaun pembayaran BR1M untuk tahun 2018 selepas pembentangan Bajet 2018 akan dikekalkan seperti berikut:

  • Tarikh pembayaran BR1M - KLIK BAYARAN

1. Kategori e-Kasih

  • Kategori yang diperkenalkan pada tahun 2016 bagi penerima dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan bawah RM1k akan menerima BR1M sebanyak RM1200 (Naik RM150 dari RM1050)

2. Kategori Pendapatan Bawah RM3k

  • Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM1000 kepada RM1200 (Kenaikan RM200);

3. Kategori Pendapatan RM3k Hingga RM4k

  • Isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM800 kepada RM900 (Kenaikan RM100);

4. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k

  • Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, bantuan ditingkatkan daripada RM400 kepada RM450 (Naik RM50).

Secara ringkasnya, berikut adalah jadual jumlah pembayaran BR1M 2017 :-

KATEGORIJUMLAH BANTUAN
1Kategori e-KasihRM1200



2Kategori Pendapatan Bawah RM3kRM1200



3Kategori Pendapatan RM3k Hingga RM4kRM900



4Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2kRM450

Semoga dengan Jumlah Bayaran BR1M Tahun 2018 yang dikekalkan, penerima dapat menggunakan bantuan ini dengan berhemah.

0 comment... add one now