Kepentingan Mata Pelajaran Sejarah Kepada Generasi Muda

Contoh Karangan SPM Kepentingan Mata Pelajaran Sejarah Kepada Generasi Muda. Berikut disertakan contoh kerangka dalam menjawab soalan karangan SPM iaitu Kepentingan Mata Pelajaran Sejarah.


SOALAN : Mata pelajaran sejarah yang diajar di sekolah mempunyai kepentingan yang tersendiri. Huraikan kepentingan mata pelajaran tersebut kepada generasi muda.

Kepentingan Mata Pelajaran Sejarah

Pengenalan

Mata pelajaran sejarah adalah antara mata pelajaran yang terdapat dalam peperiksaan.
  • dipelajari di peringkat sekolah menengah hingga hari ini
  • akan diajar di sekolah rendah pula pada tahun 2014
  • menjurus banyak faedah kepada masyarakat khasnya generasi muda
contoh karangan bm spm

Idea-idea utama

1. Mengetahui sejarah negara dengan tepat berdasarkan fakta yang dipelajari.
  • tidak kabur dalam susur galur sejarah negara
  • dapat menjelaskan dengan tepat kepada masyarakat luar
  • pengetahuan sejarah sentiasa menebal dalam sanubari generasi muda

2. Mengekalkan keharmonian dalam kehidupan masyarakat pelbagai kaum.
  • menjaga sensitiviti kaum lain yang diperoleh dari sejarah yang tercipta
  • tidak mengeluarkan fakta-fakta yang menggugat kestabilan negara
  • sejarah tetap sejarah dan tidak boleh diubah-ubah

3. Menerapkan semangat sayang akan negara.

  • mempertahankan negara daripada dijajah oleh musuh
  • negara pernah dijajah oleh Portugis,Inggeris dan Jepun
  • tidak mahu berulang semula oleh generasi muda pada hari ini

4. Melahirkan lebih ramai ahli sejarah negara.
  • sesetengah pelajar pasti meminati mata pelajaran ini
  • menulis buku berdasarkan sejarah tanah air
  • dijadikan bahan rujukan untuk generasi yang akan datang

5. Mengelakkan masyarakat yang buta akan sejarah.
  • perpecahan antara kaum dapat dielakkan
  • golongan buta sejarah sering mengeluarkan fakta tanpa asas yang  kukuh
  • keharmonian hidup dapat dikekalkan sampai bila-bila

 

Penutup

Mata pelajaran sejarah mendatangkan banyak manfaat.
  • Warga Malaysia sewajarnya tahu akan sejarah negara sendiri
  • Tidak mudah dieksploitasi oleh sesetengah golongan
  • Tidak menjual maruah negara demi kepentingan diri

0 comment... add one now