Keputusan Live Score Chong Wei Vs Tien-chen Final Badminton Terbuka Perancis 2015

Keputusan Live Score Chong Wei Vs Tien-chen Final Badminton Terbuka Perancis 2015. Lee Chong Wei layak ke Final Badminton Terbuka Perancis 2015 apabila menewaskan pilihan ke 9 dari China, Wang Zhengming dengan keputusan 21-7, 21-13 pada saingan Separuh Akhir. Sebelum itu, Chong Wei yang berada di kedudukan nombor 19 dunia ini menewaskan pemain Jepun, Sho Sasaki, 21-9, 21-12 pada perlawanan suku akhir pada Jumaat.

Keputusan Final Badminton Terbuka Perancis 2015

Dalam perlawanan akhir Badminton Terbuka Perancis 2015, Chong Wei akan menentang juara bertahan dari Taiwan, Chou Tien-chen pada Ahad malam. Tien-chen, pemain nombor lima dunia, menyingkirkan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Jan O Jorgensen dengan straight set 21-11, 21-19.

Final Badminton Terbuka Perancis 2015

Berikut adalah jadual dan keputusan perlawanan Final Badminton Terbuka Perancis 2015 secara LIVE SCORE :-

Bermula jam 1:00 PM Waktu Perancis (Waktu Malaysia jam 700 malam)

 

1. Beregu Campuran    

Praveen JORDAN & Debby SUSANTO -  Indonesia   10  21  19
KO Sung Hyun & KIM Ha Na - Korea [7]                 21  15  21

 

2. Perseorangan Lelaki    

LEE Chong Wei - Malaysia            21    21
CHOU Tien Chen [6] - Taiwan       13   18

 

3. Beregu Wanita   

HUANG Yaqiong & TANG Jinhua - China
LUO Yu & LUO Ying [2] - China  

 

4. Perseorangan Wanita    

WANG Shixian [4] - China
Carolina MARIN [2] - Sepanyol           

 

5. Beregu Lelaki    

LEE Yong Dae & YOO Yeon Seong [1]  -  Korea
Mads CONRAD-PETERSEN & Mads Pieler KOLDING - Denmark    



0 comment... add one now