Peperiksaan UPKK Esok 7 Oktober 2015 Ditangguhkan

Berikut adalah kenyataan media dari JAKIM mengenai penangguhan Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) pada hari esok, Rabu 7 Oktober 2015 ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Peperiksaan UPKK

Peperiksaan UPKK Esok 7 Oktober 2015 Ditangguhkan

Kenyataan Media
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 


PENANGGUHAN PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) PADA 7 OKTOBER 2015 BAGI SUBJEK ADAB 1 (UPKK 04/01) DAN ADAB 11 (UPKK 04/02)

  • 1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ingin memaklumkan kepada semua Agensi Bertanggungjawab melaksanakan KAFA seluruh Malaysia berhubung pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) pada 7 Oktober 2015 bagi subjek Adab 1 (UPKK 04/01) jam 2.30-4.00 petang dan Adab 11 (UPKK 04/02) jam 4.30-6.00 petang.
  • 2. Berikutan masalah jerebu yang masih berlarutan di kebanyakan negeri di Malaysia dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan kadar bacaan yang tidak sihat (IPU 101-200) serta tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengisytiharkan penutupan sekolah di daerah Langkawi Kedah pada Rabu 7 Oktober 2015 maka pelaksanaan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) kepada 207,343 orang calon yang diselaraskan oleh Jakim di seluruh Malaysia bagi subjek Adab 1 (UPKK 04/01) dan Adab 11 (UPKK 04/02) yang dijadualkan pada hari Rabu 7 Oktober 2015 adalah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.
  • 3. Mohon kerjasama semua Agensi Bertanggungjawab melaksanakan KAFA mengambil tindakan segera terhadap arahan terbaru ini.
Sekian
DATO' HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
6 Oktober 2015
8.00 malam

0 comment... add one now