Permohonan Kemasukan MRSM 2018 Tingkatan 1 Online

Permohonan MRSM 2018 Tingkatan 1. Berita baik buat pelajar Darjah 6 yang telah mengambil peperiksaan UPSR tahun 2017. Dipetik dari Laman Web Majlis Amanah Rakyat (MARA), permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM 2018 - Maktab Rendah Sains MARA (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) akan di buka mulai 19 September 2017 iaitu sebaik sahaja berakhirnya peperiksaan UPSR 2017 sehingga 31 Oktober 2017. 

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa calon-calon berpotensi yang berminat dan cemerlang dalam sahsiah rupa diri serta akademik untuk memohon kemasukkan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2018. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar.

  • Permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 4 2018 klik MRSM


permohonan kemasukan mrsm 2018 tingkatan 1

Permohonan Kemasukan MRSM 2018 Tingkatan 1 Online

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang beteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti.

Berita baik buat Pelajar tahun enam (6) yang telah menduduki peperiksaan UPSR tahun 2017 yang nerminat dan mendapat keputusan yang cemerlang, anda boleh membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu (1) MRSM 2018 secara online.

Syarat Kelayakan Permohonan MRSM Tingkatan 1 2018


Pemohon hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat

kelayakan seperti di bawah:

  1. Memiliki sikap diri yang positif.
  2. Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal
  3. Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh disiplin.
  4. Memperoleh keputusan 3A3B (Semenanjung Malaysia) dan 3A 2B 1C (Sabah & Sarawak) dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2017.
  5. Pemohon perlu memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dalam UPSR tahun 2017.
  6. Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan.
  7. Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA.

Syarat Umum Permohonan MRSM


  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia
  2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia
  3. Permohonan terbuka kepada pelajar Tahun 6 yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
  4. Pemohon perlu mengisi borang permohonan online dan menjawab Online self-assessment (OLSA) pada masa yang telah ditetapkan

Program MRSM Yang Ditawarkan

Terdapat lima program yang berteraskan Science, Technology, Engineering dan Mathematics (STEM) dilaksanakan di MRSM:

i. MRSM Program Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM Premier)

Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM.

ii. MRSM Program SPMRSM Ulul Albab

Program SPMRSM Ulul Albab mengekalkan kurikulum sedia ada yang dilaksanakan di semua MRSM seluruh Malaysia dengan tambahan program hafazan Al-Quran. Untuk peperiksaan SPM pelajar akan mengambil mata pelajaran Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah selain mata pelajaran teras yang lain.

iii. MRSM Program SPMRSM Cambridge-IGCSE

Program SPMRSM Cambridge IGCSE (Cambridge International General Certificate of Secondary Education) ialah Sistem Pendidikan MRSM yang menawarkan dwisijil iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lGCSE
dalam tempoh lima tahun pengajian. Pelajarmenduduki kedua-dua peperiksaan iaitu Cambridge IGCSE semasa di tingkatan empat dan SPM semasa di tingkatan lima.

iv. MRSM Program SPMRSM lB-Middle Years Programme (MYP)

Program SPMRSM MYP mengekalkan kurikulum sedia ada yang dilaksanakan di semua MRSM seluruh Malaysia dan mengaplikasikan pendekatan MYP dari Sistem Pendidikan International Baccalaureate

v. MRSM Program SPMRSM Teknikal

SPMRSM Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan yang merangkumi ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrikal dari Tingkatan 1 hingga 3. Kesinambungannya diteruskan untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu pelajar
ditawarkan dengan jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.

A. CARA MENDAPATKAN KATA LALUAN MELALUI ONLINE



Permohonan kata laluan adalah percuma. Tempoh permohonan kata laluan dibuka mulai 19 September hingga 31 Oktober 2017.

B. CARA MENGISI BORANG PERMOHONAN ONLINE

Selepas mendapat kata laluan, pemohon mestilah mengisi borang permohonan
online melalui

Nota

Pemohon perlu mengisi nombor telefon bimbit dan emel yang boleh dihubungi untuk memudahkan penyaluran maklumat permohonan. Pemohon perlu memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan.

Pemohon perlu mengisi semua maklumat di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online dan dicetak. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat:

C. ONLINE SELF-ASSESSMENT(OLSA)

Pemohon juga perlu menjawab OLSA bagi mata pelajaran Keperibadian dalam tempoh yang ditetapkan di pautan (link) yang akan diberikan dalam cetakan borang permohonan.

Tempoh mengisi borang permohonan online dan menjawab OLSA ialah mulai 19 September hingga 31 Oktober 2017.

D. UJIAN KHAS MENGIKUT PROGRAM

Pemohon yang memilih program SPMRSM ULUL ALBAB, SPMRSM CAMBRIDGE lGCSE dan SPMRSM TEKNIKAL perlu menduduki Ujian Khas yang telah ditetapkan.

Panggilan untuk menduduki Ujian Khas ini akan dimaklumkan melalui emel dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Pemohon yang dipanggil untuk mendudki Ujian Khas mestilah membawa cetakan borang permohonan dan dokumen berkaitan yang telah disahkan ke pusat ujian.

E. MAKLUMAT TAMBAHAN

Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak dihantar secara online tidak akan dipertimbangkan.

Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2018, permohonan dianggap tidak berjaya. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.

Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh lntegrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan ditawarkan ke MRSM. Keputusan Jawatankuasa Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

Informasi Syarat Permohonan Dan Maklumat Tambahan

  1. Syarat baru kemasukan bermula sesi kemasukan 2017 telah dilonggarkan kepada 3A dan 3B (calon Semenanjung) dan 3A 2B 1C (Calon Sabah dan Sarawak) dalam peperiksaan UPSR 2016. Syarat terdahulu adalah memperoleh keputusan 6A (permohonan semenanjung) dan minimum 3A 3B (A dalam subjek Matematik dan  Sains dan tiada gred C, D dan E) - Permohonan Sabah & Sarawak dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2016
  • Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan, sila rujuk Maklumat Kemasukan dalam PDF di bawah ini:
[Iklan Permohonan Ting 1] (Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 1

Rayuan MRSM 2017 (Tahun 2018 Akan dikemaskini)

  1. Pemohon yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang mengemukakan rayuan secara online (tertakluk kepada markah ketika menduduki UKKM). 
  2. Jika gagal ketika UKKM, pemohon tidak dibenarkan merayu (tiada butang rayuan ketika semakan dibuat). 
  3. Begitulah seterusnya proses permohonan rayuan sehingga semua tempat pelajar MRSM telah dipenuhi

Nota

  • Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 Online : Klik Semak UKKM
  • Permohonan ke SBP 2017 Tingkatan 1 dan 4 boleh klik di SBP 2016
  • Permohonan MRSM 2017 Tingkatan Empat (4) - Klik MARA Tingkatan Empat
  * Panduan permohonan kemasukan ke MRSM 2018 Tingkatan 1 akan dikemaskini dari masa kesemasa jika ada perubahan.

Selamat membuat Permohonan Kemasukan MRSM 2018 Tingkatan 1 Online. Didoakan semoga anda berjaya dalam mendapat tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA yang dihajati.

6 comments.. read them below or add one

Anonymous Anonymous 24 November, 2015
Kalau terlepas tarikh penghantaran dokumen macam mana yer.....
Anonymous Anonymous 28 November, 2015
saya juga terlepas pandang ada penghantran dokumen...macam mn ya..respon ples
Anonymous Anonymous 30 November, 2015
Kakay x silap....print doc & x perlu hantar...bawa sms ujian
Anonymous Anonymous 30 November, 2015
Senarai untuk ukkm tingkatan 1 dak kluar ke?
Rasinta Mazlan Rasinta Mazlan 18 January, 2016
Bila keputusan mrsm tkn 1 2016 akan keluar
nik nik 20 January, 2016
Dah minggu ke3 Januari..bila agaknya keputusan MRSM akan keluar?