Permohonan UPSI Februari 2017 Online Ijazah Sarjana Muda

Permohonan Kemasukan UPSI Februari 2017 Online Program Ijazah Sarjana Muda. Berita baik buat lepasan STPM, STAM, Asasi, Matrikulasi dan Diploma yang berminat menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Pendidkan Sultan Idris (UPSI) Sesi Akademik 2016/2017 (Ambilan Februari). Dikongsikan dari Facebook Bahagian Hal Ehwal Akademik UPSI, permohonan kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Lepasan STPM/ Setaraf akan mula di buka mulai 10 Oktober 2016 (Isnin). Iklan permohonan akan dikeluarkan di Berita Minggu pada 9 Oktober.


Permohonan kemasukan UPSI online

Permohonan UPSI Februari 2017 Online : Program Ijazah Sarjana Muda

Berikut adalah maklumat berkaitan Permohonan Kemasukan ke UPSI sesi Februari 2017. 
  • PIN BITARA ID IJAZAH SARJANA MUDA RM26.06 (Pin Bitara ID Ijazah Sarjana Muda akan mula dijual pada 10 Oktober 2016 di Semua Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Tips Panduan Memohon

  • Kenalpasti program yang ditawarkan
  • Semak syarat program
  • Jika berminat dan layak, sila beli BITARA ID IJAZAH SARJANA MAUDA di BSN  dengan harga RM26.06
  • Membuat permohonan secara online di www.upsi.edu.my/online atau Permohonan Atas Talian UPSI
  • Pemohon boleh mula mengakses sistem permohonan kemasukan mulai 10 Oktober 2016 (Isnin)
  • Soalan Lazim Permohonan : Klik FAQ 
  • Tarikh tutup permohonan : 31 Oktober 2016

Program-program yang ditawarkan bagi sesi kemasukan UPSI Februari 2017 adalah seperti berikut :

Ijazah Sarjana Muda

  1. Sejarah
  2. Geografi
  3. Pendidikan Islam
  4. Pendidikan Moral
  5. Pengajian Malaysia dengan Pendidikan
  6. Biologi
  7. Fizik
  8. Kimia
  9. Matematik
  10. Sains
  11. Sains Matematik
  12. Bimbungan dan Kaunseling
  13. Pendidikan Khas
  14. Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  15. Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia)
  16. Reka Bentuk (Pengiklanan)
  17. Reka Bentuk (Animasi)
  18. Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan)
  19. Pendidikan Jasmani
  20. Sains Sukan (Psikologi Sukan)
  21. Sains Sukan (Sains Kejurulatihan)
  22. Muzik
iklan Permohonan UPSI 2017
 
* Nota : Pemohon diwajibkan menghantar dokumen profil peribadi dan kelayakan akademik.
Penolong Pendaftar Kanan,
Unit Kemasukan,
Bahagian Hal Ehwal Akademik,
Bangunan Canselori,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim Perak
Tarikh penghantaran adalah sebelum 2 November 2016 dan untuk panduan lengkap sila rujuk di http://www.upsi.edu.my/online/

Permohonan UPSI Ijazah Sarjana/ Ijazah Doktor Falsafah

Berikut pula adalah iklan permohonan kemasukan ke UPSI untuk Ijazah Sarjana/ Ijazah Doktor Falsafah pengambilan Februari 2017. Pemohon boleh mendaftar di http://mysis.upsi.edu.my/postgrad) atau http://postgrad.upsi.edu.my/admission/.

Permohonan UPSI Ijazah Sarjana doktor falsafah

Semakan Keputusan UPSI 2017

Semakan Jaya Kemasukan ke UPSI bagi lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2016/2017 (Februari) boleh mula di buat pada 16 hingga 27 Januari 2017. Semakan dan tarikh penting UPSI ambilan Februari 2017 boleh dirujuk dibawah ini:-
  • Semakan Panggilan Temuduga bukan pendidikan dan Ujian MEDSI : 23 November hingga 3 Disember 2016
  • Ujian MEDSI dan Temuduga Bukan Pendidikan : 30 November hingga 3 Disember 2016
  • Semakan panggilan temuduga pendidikan : 21 Disember hingga 6 Januari 2017
  • Temuduga dan Ujian Khas Pendidikan : 3 hingga 6 Januari 2017
  • Hebahan jaya kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda (ISM) : 16 hingga 27 Januari 2017
  • Pendaftaran Pelajar : 5 Februari 2017
Tarikh penting Permohonan UPSI Februari 2017
 
* Perubahan tarikh adalah tertakluk kepada sebarang pindaan dari semasa ke semasa.


Kepada pelajar yang berminat, bolehlah mengikuti maklumat terkini Permohonan UPSI Februari 2017 Online Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana/ Ijazah Doktor Falsafah di Facebook Bahagian Hal Ehwal UPSI. Selamat memohon dan semoga anda berjaya nanti.  

0 comment... add one now