Permohonan MRSM Tingkatan 4 2017 Online

Permohonan Kemasukan MRSM 2017 Tingkatan 4 Semenanjung Malaysia, Sarawak Dan Sabah. Bagaimana nak memohon ke MRSM 2017 buat pelajar PT3? Dipetik dari Laman Web Majlis Amanah Rakyat (MARA), permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM 2017, Maktab Rendah Sains MARA (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) akan di buka mulai 13 September sehingga 21 Oktober 2016.

  • Permohonan ke SBP 2016 Tingkatan 1 dan 4 boleh klik di SBP 2016
  • Permohonan MRSM 2017 Tingkatan 1 - Klik MRSM Tingkatan 1 
Permohonan MRSM 2017 Tingkatan Empat

Permohonan MRSM Tingkatan 4 2017 Online

Pelajar tingkatan 3 PT3 2016 yang berpotensi dan berminat boleh membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Empat (4) MRSM 2017 secara online.

  •  * Nota MAKLUMAN : Tarikh Permohonan ke MRSM 2017 Tingkatan 4 adalah dari 13 September sehingga 21 Oktober 2016. 
  • Tarikh akhir menghantar cetakan borang serta dokumen berkaitan yang  telah  disahkan  ialah  selewat-lewatnya  pada 4 November 2016 (Untuk Sabah & Sarawak sahaja)
  • Online Self-Assessment (OSA) bagi permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 MRSM 2017 dibuka mulai 22 Oktober 2016 hingga 21 November 2016.  Klik OSA untuk menjawab
  • Panduan menjawab OSA di PDF

Syarat Memohon

Berikut adalah syarat-syarat memohon kemasukan MRSM secara online :-
  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pelajar  Bumiputera  tingkatan  tiga  yang bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
  3. Pelajar bukan Bumiputera tingkatan tiga yang sedang bersekolah di  Sekolah  Kebangsaan  atau  Sekolah  Menengah  Kebangsaan (SMK).
  4. Pelajar  yang  sedang  menuntut  di Sekolah  Berasrama  Penuh (SBP)    dan    Sekolah    Berasrama    Penuh    Integrasi    (SBPI) Kementerian  Pendidikan  Malaysia tidak  dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke  MRSM.
  5. Pemohon mestilah sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Matematik  dan  Sains  dalam  Peperiksaan  Pertengahan  Tahun, Tingkatan 3 
Syarat kelayakan masuk pula adalah :-
Semenanjung Malaysia : Memperoleh keputusan minimum 6A 4B dalam PT3 2016 (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian). Gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains. 
Sabah & Sarawak : Memperoleh keputusan minimum 5A 5B dalam PT3 2016 (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan  Kesenian). Gred A bagi mata  pelajaran  Matematik dan Sains

Panduan Membuat Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2017 Tingkatan 4 Online

  • 1. Pemohonan kata laluan secara percuma bermula 13 September hingga 21 Oktober 2016 boleh di buat secara talian di Applikasi Permohonan MRSM Tingkatan 4
  • 2. Setelah mendapat kata laluan, langkah seterusnya pemohon perlu melayari applikasi permohonan dalam talian, untuk mengisi maklumat penting permohonan
  • 3. Cetakan Borang Permohonan dan semua dokumen berkaitan yang telah disahkan perlu di bawa ke Pusat Ujian semasa UKKM

* Maklumat Dan Panduan Kemasukan :

Pemohon dinasihatkan untuk merujuk kepada iklan dan syarat permohonan dalam PDF di bawah ini :-
[Iklan Permohonan Semenanjung] [Syarat Umum Semenanjung] [Iklan Dan Syarat Umum Sabah & Sarawak]

Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM)

  • Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh di antara 21 hingga 25 November 2016
  • Tempat dan tarikh ujian akan di pilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan
  • Pemohon perlu membawa Cetakan Borang Permohonan dan semua dokumen berkaitan yang telah disahkan perlu di bawa ke Pusat Ujian semasa UKKM
  • Pertanyaan : Sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 atau 03-2613 4513.

Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 4 2017

  1. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2017.  Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April   2017, permohonan dianggap tidak berjaya
  2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak lengkap seperti tidak menghantar borang permohonan secara online tidak akan dipertimbangkan

Rayuan MRSM 2016

  1. Pemohon yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang mengemukakan rayuan secara online (tertakluk kepada markah ketika menduduki UKKM). 
  2. Jika gagal ketika UKKM, pemohon tidak dibenarkan merayu (tiada butang rayuan ketika semakan dibuat). 
  3. Begitulah seterusnya proses permohonan rayuan sehingga semua tempat pelajar MRSM telah dipenuhi
Selamat membuat Permohonan MRSM Tingkatan 4 2017 Online. Semoga anda berjaya.

{ 42 comments.. read them below or add one }

Tanpa Nama Tanpa Nama 24 Oktober, 2015
sy nak tanya webpage utk mendapatkan kata laluan wujud ke x ? pls reply ASAP..
Tanpa Nama Tanpa Nama 24 Oktober, 2015
wujud. senang je lah mohon online. ikut je prosedur dia
Tanpa Nama Tanpa Nama 26 Oktober, 2015
Salam.
Macam mn kalau da tersalah isi form online?ada cara nk betulkan x?akan effect proses pemilihan ke?
Zyyma Nur Zyyma Nur 28 Oktober, 2015
Saya pun tersalah isi maklumat. Bila nak betulkan tak boleh. Apa perlu saya buat?
Tanpa Nama Tanpa Nama 31 Oktober, 2015
salam saya nak mohon untuk pengambilan mrsm tingkatan 4 kenapa pengambilan pelajar tingkatan 4 ke mrsm ulul albab atau igcse tidak dipilih??
Tanpa Nama Tanpa Nama 02 November, 2015
Salam...sya nk tanya ujian kecenderungan tu semua yg mohon kena ambik ke???
Tanpa Nama Tanpa Nama 02 November, 2015
Borang permohonan kena sahkan juga ke?
Tanpa Nama Tanpa Nama 02 November, 2015
Ikut mrsm lah ada program apa.Ikut nama tempat
Rossa Calla Rossa Calla 02 November, 2015
ya. sila baca di sini http://www.mara.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=59711683-acef-4198-ad34-1e455f62551e&groupId=30564
Unknown Unknown 05 November, 2015
Saya pun tersalah isi nama, nak betulkan x boleh.
Tanpa Nama Tanpa Nama 09 November, 2015
Saya terlupa nak print borang permohonan..tarikh permohonan dah tutup..macam mana nak print ye..dah tak boleh buka..borang permohonan kene bawa masa ujian ukkm..
ePan ePan 09 November, 2015
saya baru nak mohon online dah tutup. ada lagi peluang kedua ka? pengambilan kedua?
Unknown Unknown 10 November, 2015
salam . tarikh permohonan sudah ditutup . adakah permohonan akan dibuka lagi ?
Tanpa Nama Tanpa Nama 10 November, 2015
salam , masih terbuka lagi ke permohonan walaupun tarikh sudah ditutup ?
Emirul x Emirul x 10 November, 2015
Adakah semua pemohon perlu menduduki ujian kecenderungan tersebut? Atau pihak MARA akan menghantar surat/sms supaya pemohon hadir ke pusat ujian yang telah dipilih?
Tanpa Nama Tanpa Nama 10 November, 2015
Boleh call pihak mara tolong betulkan . Sebab kawan saya salah tarikh lahir . Pastu bila call mara , dia dah tukarkan
Tanpa Nama Tanpa Nama 10 November, 2015
Ulul albab hanya untuk tingkatan 1
Tanpa Nama Tanpa Nama 11 November, 2015
Ujian kelayakan mrsm tu hanya utk kemasukan ke form 4. surat panggil hadir ujian tu generated masa kita apply online. cetak borang permohonan tu ada sekali checklist dokumen dan surat panggil ujian.
Unknown Unknown 11 November, 2015
Salam... sy terlambat print borang tpi nak bukak borang dah tutup takboleh bukak.. boleh sapa2 bgtau mcm mana nak print borang lps tarikh tutup? Mohin pencerahan sy amat terdesak...
Tanpa Nama Tanpa Nama 12 November, 2015
anak saya pun terlupa nak print maklumat tersebut..saya dah call mara..mereka suruh bawa sijil-sijil dan slip gaji ibubapa yang telah disahkan.. pastikan kita tahu dimana kita ambil ujian tersebut dan pasi atau petang..kalau pagi dari 8.30-12.30 tgh kalau petang 2.00 hingga 6.00 ptg rasanya...
Tanpa Nama Tanpa Nama 13 November, 2015
saya pon ssama....mcm mana ye skrang ni>>>
Unknown Unknown 13 November, 2015
kalau tak bawak borang (sbb lambat print), masih boleh jawab ukkm ke tak ?
Tanpa Nama Tanpa Nama 16 November, 2015
Adakah temu duga diadakan semasa ujian ukkm untuk pemohon tingkatan 4??
Tanpa Nama Tanpa Nama 16 November, 2015
Saya pon terlupa print borang. Boleh ke pergi ye. Sy dh cuba call no tertera kt ats tu. Tp tak berangkat. Awk yg call tu guna no mana ye. Boleh share tak. Tq
Mustaffa Kamal Mustaffa Kamal 18 November, 2015
masih belum terima surat panggilan ujian kecenderongan ...
Mustaffa Kamal Mustaffa Kamal 18 November, 2015
anak saya belum terima surat panggilan ujian kecenderongan T4 2016..banyak kali call MRSM pusat tapi tak di jawap
Tanpa Nama Tanpa Nama 20 November, 2015
masa submit borang tu akan keluar surat utk pegi temuduga..
Unknown Unknown 30 November, 2015
Saya tak perasan pulak kene post sijil2..dah call mara banyak kali talian sibuk..nak cek guna online tak tahu kata laluan..nak buat macam mane ekk..ada sesiapa boleh jelaskan
wawa wawa 12 Januari, 2016
soalan yang sama dari saya...hu hu hu
Unknown Unknown 13 September, 2016
selamat pagi.N.K/P saya betul tapi saya tak boleh dapatkan kata laluan mcm mana..reply secepat mungkin ya......
Tanpa Nama Tanpa Nama 16 September, 2016
sila call Mara
Tanpa Nama Tanpa Nama 16 September, 2016
Layari http://mohon.mrsm.edu.my/form4/login.jsp . lpas tuu tekan klik disini yg atas
Tanpa Nama Tanpa Nama 22 September, 2016
macam mana nak dapatkan kata laluan baru ? haritu saya takjadi nak isi borang, terlupa kata laluan
Rossa Calla Rossa Calla 22 September, 2016
https://mohon.mrsm.edu.my/form4/validateUser.jsp
Wei Yi Teoh Wei Yi Teoh 26 Oktober, 2016
salam,, boleh x print borang selepas tarikh tutup? terima kasih
dinaaliah111 dinaaliah111 04 November, 2016
salam saya nak tanya kalau dah buat permohonan lama kena buat lagi ke permohonan baru?
Syahida's blog Syahida's blog 08 November, 2016
Assalam,saya ada buat kesilpana terhdp ujian OSA,jadi saya cuba hubungi MARA,tp tidak dpt2. Kenapa ye?
Tanpa Nama Tanpa Nama 19 November, 2016
X dpt cetak borang, tpi thu tempat Temuduga, apa perlu bawa ye..X sempt nk prin
Tanpa Nama Tanpa Nama 20 November, 2016
Assalam, saya dah wat permohonan utk mrsm tapi saya terlupa nak print permohonan apa yang perlu saya lakukan? Tolong reply cpt2... saya sangat buntu sekarang ni... saya buka laman web utk log in dah x bole buka plak?? Mcm mana ni??
Najwa Hureen Najwa Hureen 21 November, 2016
saya dh hntar permohonan dan dah dapat tarikh ke ukkm tingkatan 4, lepastu bahagian mara hantar email bahawa tarikh ukkm tu ditukar. tapi saya tak dapat nak mengakses tarikh baru tersebut dan bila saya call bahagian mara tidak dapat. macam mana tu?
SalamAhmad SalamAhmad 21 November, 2016
Assalam,ank saya sudah membuat permohonan utk mrsm tapi ank saya terlupa nk print borang tersebut..apa patut saya lakukan
Unknown Unknown 01 Disember, 2016
Assalam, anak saya tak pergi ujian kecenderongan T4 2016, terlupa tarikh masa tu. Ada peluang lagi ke ?