Permohonan Pinjaman SPB Skim Perumahan Belia BSN

Skim Perumahan Belia (SPB) atau Youth Housing Scheme (YHS) adalah satu produk khusus untuk golongan belia warganegara Malaysia bagi mendapat kemudahan pembiayaan perumahan. SPB yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2015 ini dilaksanakan secara perkongsian pintar oleh BSN bersama Perbadanan Gadai Janji Nasional, Cagamas Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
borang spb

Permohonan SPB Skim Perumahan Belia BSN

Tujuan SPB adalah untuk membantu para belia dalam memiliki rumah sendiri untuk didiami. Permohonan SPB terbuka kepada pasangan berusia antara 25 dan 40 tahun dan BSN akan menyediakan pinjaman perumahan antara RM100,000 hingga RM500,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga 35 tahun atau umur 65 tahun tertakluk kepada mana terdahulu.

Syarat-Syarat Permohonan SPB BSN

  • Warganegara Malaysia
  • Belia yang sudah berkahwin berumur 25 hingga 40 tahun
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan
  • Pembeli rumah pertama sahaja

Maklumat Pembiayaan SPB

  • Jumlah Pembiayaan : RM 100,000 (Minimum) sehingga RM 500,000 (Maksimum)
  • Margin Pembiayaan : i) Sehingga 100% daripada harga belian rumah
    ii) MRTA/ MRTT sehingga maksimum 5% daripada harga belian rumah
  • Tempoh Pembiayaan : Sehingga maksimum 35 tahun atau tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan
  • Kadar faedah / Keuntungan : Sehingga maksimum BLR/ BFR – 2.4% *
    *(Tertakluk terma & syarat) (BLR /BFR semasa ialah 6.85%)
  • Konsep Pembiayaan : Islamik dan Konvensional
  • Maklumat lanjut SPB klik YHS

Bantuan Sokongan Kerajaan Untuk SPB

  • Bantuan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM200 untuk 2 tahun pertama bermula daripada pengeluaran pembiayaan yang pertama
  • Pengecualian duti setem sebanyak 50 % ke atas dokumen pembiayaan

Dokumen yang diperlukan untuk memohon SPB

  1. Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN - Klik Borang BSN
  2. Perjanjian Jual dan Beli / Resit deposit / Proforma Pesanan Pembelian
  3. Salinan Kad Pengenalan
  4. Sijil Nikah yang sah

Pemohon Berpendapatan Tetap

  1. Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
  2. Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini
  3. Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)
  4. Salinan penyata KWSP
  5. Surat pengesahan berkerja daripada majikan
  6. Borang EA/ EC

Pemohon Bekerja Sendiri

  1. Borang B/BE dan Resit LHDN
  2. Surat pendaftaran syarikat (SSM)
  3. Salinan penyatan bank 6 bulan terkini
  4. Dokumen – dokumen lain (jika perlu)

Pemohon Bersama

  1. Borang B/BE dan Resit LHDN
  2. Surat pendaftaran syarikat (SSM)
  3. Salinan penyatan bank 6 bulan terkini
  4. Dokumen – dokumen lain (jika perlu)

Cara bayaran yang disediakan

  • Kredit bulanan ke GIRO / GIRO-i

SUMBER - FB Kuala Selangor Official


0 comment... add one now