Resepi Mee Bandung Muar Yang Sedap Dan Asli

Mi Bandung atau Mee Bandung adalah satu makanan tradisional yang terkenal di Malaysia yang berasal dari Muar, Johor. Berikut dikongsikan 2 resepi Mee Bandung yang sedap dan mudah di buat termasuk Resepi Mee Bandung Muar untuk pengemar masakan ini.

RESEPI MEE BANDUNG SEDAP & LAZAT

Resepi Mee Bandung Muar

Bahan-bahan:

  • 500g Mee kuning dicelur
  • 200g Tulang lembu/ayam direbus (untuk jadikan stok)
  • 100g Udang hidup/Sotong
  • 100g Sawi
  • 7 cawan Air
  • ½ cawan Sos tomato
  • 2 biji Telur
  • 1 sudu besar Perencah pati ayam
  • Secukup Garam
  • Secukup Gula
  • Secukup Minyak untuk menumis
  • X: dikisar halus

  • ½ cawan Udang kering
  • 20 tangkai Cili kering
  • 10 ulas Bawang merah
  • 3 ulas Bawang putih
  • 3 sudu besar Kacang goreng, dikisar
  • 2 batang Serai, dititik
  • 1 biji Keledek, direbus dan dikisar

Cara Menyediakan:

  • (1) Panaskan minyak, tumis (X) hingga wangi kecuali keledek.
  • (2) Masukkan air rebusan daging, udang dan biarkan mendidih.
  • (3) Tambahkan sos tomato, perencah pati ayam, garam dan gula serta keledek.
  • (4) Biarkan mendidih baru masukkan sawi dan telur.
  • (5) Hidangkan dengan mee kuning, hirisan cili merah, bawang goreng dan limau nipis.
FB Resepi Masakan MAMA

MEE BANDUNG MUAR (Resepi asli Muar)

Bahan-bahan:

  • 1 kg mee kuning
  • 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
  • 1 labu bawang putih (diketuk)
  • 5 biji bawang merah
  • ½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air
  • ½ cawan udang hidup
  • 1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
  • Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
  • Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
  • ¾ - 1 cawan gula pasir
  • 3 - 4 cawan air rebusan daging
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference. Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris).

NOTA:

Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.

Cara memasak:

  • 1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
  • 2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
  • 3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
  • 4. Masukkan sos tiram
  • 5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
  • 6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak dalam banyak, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
  • 1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
  • 2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
  • 3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
  • 4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
  • 5. Hidangkan.
Resepi Sheila Rusly
Selamat Mencuba.

0 comment... add one now