Resepi Nasi Ayam Sedap Dan Mudah

Nasi Ayam merupakan salah satu makanan popular dan digemari oleh rakyat Malaysia. Berikut dikongsikan 2 resepi Nasi Ayam yang sedap dan lazat beserta dengan cara untuk membuatnya.


nasi ayam

Resepi Nasi Ayam 1

A. Lauk Ayam:

  • 1 ekor ayam
  • Halia
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Bahan perap:
  • Sos tiram
  • Kicap cair
  • Kicap manis
  • Madu
  • Minyak bijan
Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.

Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.
Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. 


Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.

Nota:

Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. Setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik. Tapi kalau susah untuk menggoreng, bolehlah dipotong 2 atau potong 4 sahaja.

Saya potong 2 sebab nak menjimatkan minyak semasa menggoreng. Saya lebih suka goreng dari dipanggang. Jadi saya tidak gantung, sejatkan di atas jaringan sehingga betul betul kering airnya.

B. Cara Buat Nasi Ayam:

  1. Mentega - tak guna
  2. Minyak ayam - saya tambah
  3. Bawang merah
  4. Bawang putih
  5. Halia
  6. 2 helai daun pandan
  7. 1 helai daun salam (bay leave)
  8. Susu full cream
  9. Serbuk ayam
  10. Garam
  11. Gula
  12. Rempah penumis - bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis
Basuh beras wangi, tos dan letak dalam rice cooker.
Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam.

Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk ayam dan gula mengikut rasa. Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa.

Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang. Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa.

Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.

C. Sambal Cili

  • 5 biji cili padi merah siam - saya guna cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia - saya tambah
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambah
Sos tomato - opsyenal saya tambah
Blend cilipadi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.

D. Sambal Kicap

Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih. Angkat.

E. Kuah Sup

  • Jeruk kubis
  • Garam
  • Serbuk ayam
  • Daun bawang - tabur
  • Bawang putih goreng - tabur
  • Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk ayam.
  • Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.
SUMBER

Resepi Nasi Ayam 2

Bahan-Bahan:

  • 1 kg beras
  • 500 gm lemak ayam
  • 200 gm bawang merah - dimayang
  • 200 gm bawang besar - dimayang
  • 100 gm bawang putih - diketuk
  • 3 helai daun pandan     1 ½ liter stok ayam
  • 50 ml minyak bawang putih
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
  • Sedikit gula

Cara Buat Nasi Ayam:

Cara memasak ayam:

  1. 1 ekor ayam (1.6 kg)
  2. Didihkan air dan rebus ayam selama 45 minit. Keluarkan ayam daripada periuk dan toskan. Potong-potong dan boleh dihidangkan

Cara membuat sos cili:

  • 500 gm cili merah
  • 100 gm halia
  • 20 ml lemak/minyak ayam
  • 10 ml jus limau nipis
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Campurkan kesemua bahan hingga sebati

Cara membuat sos halia:

  • 600 gm halia muda
  • 100 ml minyak ayam
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Campurkan kesemua bahan hingga sebati

Cara Memasak:

Panaskan minyak bawang putih. Tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar.

Setelah naik baunya masukkan lemak ayam dan daun pandan.

Masak beras dengan stok ayam berserta dengan bahan-bahan yang telah ditumis.

Kemudian masukkan garam, lada sulah dan gula. Masak nasi sehingga tanak.

SUMBER

1 comment... add one now

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 01 Oktober, 2015
kerap juga masak nasi ayam nih, sebab anak bujang memang suka....