Resepi Nasi Tomato Yang Sedap Dan Mudah

Pelbagai macam variasi nasi yang kita boleh jumpa di Malaysia. Contohnya Nasi goreng kampung, nasi kerabu, nasi lemak dan sebagainya. Tidak terkecuali Nasi Tomato yang merupakan salah satu hidangan tradisional orang Melayu yang sangat popular. Nasi Tomato biasanya dihidangkan semasa majlis perkahwinan tradisional Melayu dan pertunangan, perayaan Aidil Fitri dan Aidil Adha dan juga sesuai untuk makanan tengahari dan makan malam.

Resepi Nasi Tomato Yang Sedap Dan Mudah

Rasa hidangan nasi tradisional ini adalah manis kerana pes tomato diadun dan dicampur dengan beras. Kadang-kadang, kismis dan gajus-kacang juga turut ditambah ke dalam campuran untuk memberikan rasa yang lebih pelbagai. Nasi Tomato didatangkan dengan ayam masak merah atau ayam rendang, daging, patcheri nanas dan dalcha.

Nasi Tomato sedapRESEPI NASI TOMATO SEDAP 1

Bahan-Bahan:

• 4 cawan beras

Bahan untuk di potong halus

• 3 sm halia*
• bawang merah*
• bawang putih*

Bahan-bahan lain yang berkaitan:

• 6 cawan air
• 3 tangkai bunga cengkih
• 3 kuntum Bunga lawang
• 5 biji buah pelaga
• 2 batang kulit kayu manis
• 1 helai daun pandan
• 1/2 cawan kismis
• 1/2 cawan susu cair
• 2 cawan tomato sup
• 1 senduk minyak sapi

Cara Penyediaan Nasi Tomato:

  1. Potong halus bahan bertanda *
  2. Panaskan minya sapi, masukkan bahan yang dipotong halus bersama bunga lawang, bunga cengkih, daun pandan, buah pelaga dan kayu manis. Goreng sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan beras kacau seketika selama 1-2 minit. Kemudian Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan tomato sup, susu cair, kismis dan garam secukup rasa. Apabila hampir kering pertahankan api, tutup tudung periuk dan tunggu hingga masak
SUMBER

RESEPI NASI TOMATO SEDAP 2

Bahan-Bahan:

  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
  • ½ cawan minyak sapi
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga     2 ½ cawan air
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2.5 sm kulit kayu manis
  • 2 cawan beras
  • ¾ cawan tomato sos

Cara Buat Nasi Tomato:

Goreng bawang putih dan bawang merah dalam minyak sapi hingga kuning. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Apabila naik baunya masukkan beras dan gaul rata. Tuangkan air dan garam, biarkan hingga mendidih. Bila sudah kering, masukkan tomato sos. Angkat dan hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng, bawang besar yang dihiris bulat dan daun bawang.

SUMBER

0 comment... add one now