Syarat Kemasukan Ke IPTA Dan Politeknik Premier Lepasan SPM STPM

Semak Syarat Kemasukan Ke IPTA Dan Politeknik Premier Lepasan SPM STPM. Berikut disertakan syarat-syarat kemasukan ke Universiti Awam (UA/ IPTA) dan Politeknik Premier bagi lepasan SPM & STPM dan setaraf. Pastinya ramai yang tertanya-tanya apakah syarat am dan khas kemasukan ke UA dan Politeknik. Maklumat ini penting dalam memilih kursus program pengajian yang bersesuaian dengan kelayakan akademik yang anda perolehi dalam peperiksaan.

Syarat Kemasukan Ke IPTA Dan Politeknik

Semak Syarat Kemasukan Ke IPTA Dan Politeknik Premier Secara Online

Secara amnya, Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah untuk Pemohon yang mempunyai kelayakan STPM/ Matrikulasi/ STAM/ Diploma/ Setaraf. 
 
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf pula untuk pemohon yang mempunyai kelayakan SPM/ Setaraf manakala Program Pengajian Diploma Pendidikan untuk pemohon yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda memohon untuk Diploma Pendidikan

SYARAT AM UNIVERSITI

  • 1. Warganegara Malaysia ; dan
  • 2. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) dalam peperiksaan SPM.

SYARAT KHAS PROGRAM

  • Untuk permohonan UPU, sila rujuk dan semak di iMASCU
  • Syarat kemasukan Politeknik, sila klik E-Semak

Selamat membuat semakan, semoga anda berjaya dalam permohonan ke IPTA/ UA dan Politeknik.

0 comment... add one now