Semakan Keputusan EgTukar Guru Januari 2017 Online

Semakan Keputusan Egtukar Sesi Januari 2017 Secara Online. Bagi guru yang telah membuat permohonan Egtukar Sesi Januari 2017 baru-baru ini, pasti menunggu keputusan dengan debaran. Berdasarkan kepada keputusan tahun 2016, semakan egtukar sesi Januari 2017 dijangka boleh dibuat pada minggu pertama bulan November 2016. Tarikh rasmi semakan keputusan akan dikemaskini selepas pengumuman dari EPGO. Pada tahun 2016, ianya adalah pada 3 November 2015.

keputusan egtukar januari 2017

Semakan Keputusan Egtukar Guru Sesi Januari 2017 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan semakan keputusan egTukar sesi Januari 2017. Ianya memaparkan informasi tarikh semakan, applikasi semakan dan keputusan penempatan guru.

A. Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri dan Bahagian Sesi Januari 2017 :-

  • * 7 November 2016 bermula jam 600 petang  (Tahun 2016 pada hari Selasa, 3 November 2015)
  • * Link applikasi semakan - Klik https://epgo.moe.gov.my/
  • * Permohonan pertukaran yang diluluskan tidak boleh dibatalkan

B. Keputusan penempatan pertukaran guru yang telah lulus :-

  • * 14 November 2016 (Tahun lepas pada Khamis, 12 November 2015)
  • * Link applikasi semakan - Klik https://epgo.moe.gov.my/
  • * Tarikh kuatkuasa pertukaran guru yang diluluskan adalah pada 1 Januari 2017. 
  • Harap bersabar kerana applikasi semakan sedang mengalami gangguan kerana capaian pengguna yang tinggi 

C. Rayuan egTukar 

Pemohon yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan semakan semula dalam tempoh empat belas (14) hari selepas keputusan kelulusan pertukaran diumumkan. Pemohon boleh menghantar rayuan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) khidmat semasa atau PPD yang dimohon.


Untuk makluman, permohonan sistem pertukaran guru secara online atau egtukar sesi Januari 2017 adalah melibatkan pertukaran di antara Bahagian/ Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based).

Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya dalam permohonan pertukaran guru egTukar sesi Januari 2017. 

1 comment... add one now

mohd arib mohd arib 19 Disember, 2015
Assalamualaikum.... bagaimana n apa alasannya sy x dapat berpindah ke negeri asal sedangkn sudah memenuhi syarat? Kadang2 bila difikirkan wujud ketidakadilan. Ada yg berkhidmat x sampai 2 tahun boleh dapat oulang ke semenanjung sedangkan saya hampir 10 tahun. Bayangkan jika orang2 bhgian pendisikan sendiri yg berada dlm situasi kami. Dengan anak yg ramai n keadaan bapa yg sedang uzur. Pernah berlaku kecemasan tetapi kami tidak dpt pulang disebabkn faktor kewangan n anak2 yg x dapat ditinggalkn. Apa perasaan kamu. 5 tahun saya memohon dan sampai sekarang tidak lulus. Adakah mahu tunggu orang tersayang mati dahulu baru mahu luluskan. Kami pun ada tanggungjawab terhadap orang tua dan itu suruhan Allah.