Senarai Peserta Pencetus Ummah 2016 Musim 4

Senarai Biodata Ringkas Peserta Pencetus Ummah (PU) 2016. Siapakah peserta PU 2016 musim keempat?. Pencetus Ummah (PU) adalah sebuah program realiti Islamik yang mencari penceramah yang 'versatile' dan menarik akan mula bersiaran ke kaca TV anda bermula 27 Oktober 2016 (Khamis). Mimbar Pencetus Ummah akan bersiaran secara langsung pada setiap hari Khamis 9.00 malam di saluran Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).

  • Keputusan Penuh Pemenang Juara Pencetus Ummah 2015 Klik PU 2015 
Peserta Pencetus Ummah 2016 Musim 4

Senarai Peserta Pencetus Ummah 2016 (PU 2016)

Berikut adalah senarai 9 peserta Pencetus Ummah 2016 yang bertanding pada musim keempat tahun 2016. Mereka telah dipilih pada sesi ujibakat yang diadakan pada bulan Ogos yang lalu di 4 lokasi. Peserta paling senior berumur 41 tahun manakala yang paling muda berusia 20 tahun.
  1. Abdul Latif Yahaya : 31 tahun : (LATIF)
  2. Akram Ikram Taib Azamudden : 27 tahun (AKRAM)
  3. Mohd Affendi Mohamed Nor : 34 tahun (FENDI)
  4. Mohamad Faris Abu Bak : 20 tahun (FARIS)
  5. Muhammad Haris Mohd Ismail : 21 tahun (HARIS)
  6. Nor Hamizi Jamaluddin : 41 tahun (MIZI)
  7. Raihan Husni : 26 tahun (RAIHAN)
  8. Muhammad Rozi Harun : 28 tahun (ROZI)
  9. Zulkornain Md Rejab : 41 tahun (ZUL)
Berikut dikongsikan maklumat ringkas berkaitan rancangan Pencetus Ummah 2016 yang merangkumi hos rancangan, juri dan hadiah.

Pengacara Mimbar Pencetus Ummah 2016

  1. PU Azman
  2. Faizal Ismail (FBI)

Mudir 

  • Dato’ Ustaz Badli Shah Alauddin

Guru Persembahan

  • Fauziah Nawi 

Juri Tetap

  • Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. Maza)
  • Fara Fauzana

Format Pemarkahan

  • 70 % Juri
  • 30 % Undian SMS penonton

Penaja

  • Koki Pak Belalang - Penaja Utama
  • Serai Emas - Penaja Bersama

Hadiah

  • Juara : Wang Tunai RM100,000 dan trofi
  • Kedua : Wang Tunai RM30,000 dan trofi  
  • Ketiga : Wang Tunai RM20,000 dan trofi  
  • Keempat : Wang Tunai RM10,000 dan trofi   
  
Untuk maklumat lanjut serta update terkini beserta persembahan video mengenai Pencetus Ummah 2016 ini, anda boleh layari laman FB di https://www.facebook.com/PencetusUmmah

Selamat menonton Pencetus Ummah 2016 Musim 4 di Astro Oktober nanti. Sumber gambar : Astro Gempak

0 comment... add one now