Senarai Hukuman FIFA Ke Atas FAM Ekoran Kekecohan Penyokong

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dikenakan beberapa sekatan/ denda berikutan kekacauan penyokong yang menggelarkan mereka Ultras Malaya sewaktu perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium Shah Alam, pada 8 September 2015 lepas.
FIFA denda FAM

FIFA Denda FAM 

Menurut kenyataan yang disiarkan di laman web rasmi FIFA, Jawatankuasa Disiplin badan induk itu turut memberikan surat amaran kepada FAM berikutan kekacauan penonton yang serius.
"FAM didapati bertanggungjawab atas kelakuan penyokong mereka, dan dalam kes ini, ia melanggar artikel 6 perenggan 5 Peraturan Piala Dunia Rusia FIFA, artikel 56, artikel 65, 67 perenggan 1 dan artikel 67 perenggan 3 Kod Disiplin FIFA, serta artikel 4 perenggan 2, artikel 29 perenggan 1 (b) dan artikel 2 Annexe C Peraturan Keselamatan Stadium FIFA.

"Prosiding disiplin membabitkan beberapa insiden termasuk bom asap dan suar yang berlaku dalam Stadium Shah Alam yang menyebabkan perlawanan dihentikan pada minit ke-88,"

Senarai Hukuman FIFA Ke Atas FAM Ekoran Kekecohan Penyokong

  1. Jawatankuasa Tatatertib FIFA memutuskan aksi Kelayakan Piala Dunia, Malaysia lwn UAE di gelanggang sendiri, 17 November ini tanpa penonton.
  2. Arab Saudi diberi kemenangan 3-0 
  3. FAM didenda RM180,000.

0 comment... add one now