Senarai Lebuhraya Tol Naik Harga Bermula 15 Oktober 2015

Harga Tol Naik Bermula 15 Oktober 2015.  

Kadar tol di beberapa lebuh raya utama di Malaysia akan naik di antara 20 sen dan RM3 bermula pada Khamis 15 Oktober 2015. Pengguna lebuhraya walau bagaimanapun boleh menarik nafas lega kerana tidak akan berlaku kenaikan tol di Lebuhraya PLUS.

Senarai Lebuhraya Tol Naik Harga Bermula 15 Oktober 2015

Antara Lebuhraya Bertol yang terlibat dengan kenaikan tahun 2015 ini adalah Kajang Traffic Dispersal Ring Road (SILK), Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE), Maju Expressway (MEX), Kuala Lumpur-Karak Highway (KLK), KL-Kuala Selangor Expressway (Latar), SMART tunnel, New Pantai Expressway (NPE), Besraya Highway, Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas), Guthrie Corridor Expressway (Guthrie), Kemuning Shah Alam Expressway (LKSA) dan Ampang Kuala Lumpur Elevated Highway (Akleh). 
Tol Naik Harga 2015

Kadar Kenaikan Harga Tol Lebuhraya2015

Berikut adalah kadar kenaikan tol lebuhraya bermula 15 Oktober 2015 :-
  1. Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE) : Tol naik di antara 30 sen dan RM1
  2. Maju Expressway (MEX) : Naik di antara 20 sen dan RM3
  3. Kajang Traffic Dispersal Ring Road (SILK) : Naik di antara 40 sen dan RM2.40
  4. Kuala Lumpur-Karak Highway (KLK) : Naik di antara 30 sen dan RM3
  5. Tol Terowong SMART : Naik RM1 kepada RM3 bagi setiap kenderaan
  6. Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) : Naik di antara 30 sen dan RM1.50
  7. New Pantai Expressway (NPE) : Naik antara 40 sen hingga RM2.10
  8. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) : Naik di antara 70 sen hingga RM1.40
  9. Lebuhraya Kemuning- Shah Alam (LKSA) : Naik di antara 30 sen hingga 90 Sen
  10. Lebuhraya GUTHRIE (GCE) : Naik di antara 40sen hingga RM1.50
  11. Lebuhraya Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH) : Naik di antara RM1 hingga RM6
  12. Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) : Naik di antara 10 sen hingga RM2 
  13. Lingkaran Luar Butterworth Pulau Pinang : Naik di antara 10 sen hingga RM1.60
  14. Senai Desaru Highway (SDE), Johor : Naik di antara 80 sen hingga RM5   

Perbezaan Harga Tol Kadar Baru Dan Lama

*Sila Rujuk Grafi Astro Awani di SINI


0 comment... add one now