Sinopsis Drama Hello Mr Perfect Slot Akasia TV3

Drama Hello, Mr. Perfect di slot Akasia TV3 adalah adaptasi dari Novel Hello, Mr. Perfect sebuah karya Waniey Zakaria. Pelakon utama adalah Fattah Amin yang berganding dengan pelakon wanita baru iaitu Nur Ruhainies. Drama ini adalah arahan Nuad Hj Othman dan diterbitkan oleh A Aida Production Sdn Bhd.  Lagu Tema OST Hello Mr Perfect adalah nyanyian Nomad dengan judul Sorry Sorry Sayangku.

Drama Hello, Mr. Perfect telah bersiaran bermula pada 30 September 2015 dan akan ditayangkan selama 28 episod pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang di TV3. 

Sinopsis Drama Hello Mr Perfect Slot Akasia TV3

Drama Hello Mr Perfect
Mengisahkan Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah yang telah mengenali hati budi masing masing dan sedang merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan tradisi dan peraturan keluarganya yang mementingkan aspek langkah bendul, Arif tidak boleh berkahwin dengan pilihan hatinya.

Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memburukkan lagi keadaan, keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan. Jika tidak dia tidak boleh berkahwin dengan Ainul.

Abangnya, Izzul Islam terlampau cerewet dalam milih calon isteri. Dia sangat mementingkan kesempurnaan pasangannya. Memiliki rupa yang kacak dan berharta membuatkan ramai gadis ingin mendampinginya namun tidak ada seorang pun wanita dapat bertahan dengan sikapnya.

Arif tidak mempunyai pilihan lain selain dari mencari calon isteri kepada abangnya. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan abangnya. Alya Adriana yang pada ketika itu terdesak dengan hutang keluarga memaksa dia menawarkan diri untuk menjadi isteri Izzul. 


Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir? 

Watak Pelakon Drama Hello Mr Perfect Slot Akasia TV3

  1. Fattah Amin sebagai Muhammad Izzul Islam
  2. Nur Ruhainies Farehah sebagai Alya Adriana & Nurul Ain
  3. Rafiq Razali sebagai Muhammad Arif Fikri
  4. Ezzaty Abdullah sebagai Ainul Mardhiah
  5. Azlan Mokhtar sebagai Rahim
  6. Mimi Ernida sebagai Lina
  7. Nafiez Zaidi sebagai Azizi
  8. Keena Mentor sebagai Hana
  9. Afzan A.Rahman sebagai Fauzi
  10. Kay Maria sebagai Mak Temah
  11. Eizlan Yusof sebagai Dato Seri Amiruddin
  12. Fiza Halim sebagai Datin Seri Rosni

0 comment... add one now