Siti Nurhaliza Dan Hadi Awang Antara 500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia

Siti Nurhaliza, Hafiz Hamidun Dan Hadi Awang Antara 500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia. Dua individu hebat Malaysia adalah di antara individu yang tersenarai dalam 500 Muslim paling berpengaruh di dunia keluaran terbaharu The Muslim 500: The World's 500 Most Influential Muslims edisi tahun 2016. Senarai ini diumumkan kepada orang ramai setiap tahun sejak 2009.
Hadi Awang, siti nurhaliza

Siti Nurhaliza Dan Hadi Awang Antara 500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia

Mereka yang tersenarai adalah Penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Penyanyi, Hafiz Hamidun turut tersenarai bagi kategori seni dan budaya di mana beliau disenaraikan sebagai artis nasyid yang telah memenangi beberapa anugerah dalam industri muzik.

Buku ini menyenaraikan 500 orang yang paling berpengaruh dalam dunia Islam dengan mengkategorikan individu ke dalam beberapa sektor seperti 

  • Ilmiah
  • Politik
  • Pentadbiran hal ehwal agama
  • Pendakwah dan panduan rohani
  • Kedermawanan / kebajikan dan pembangunan
  • Isu-isu sosial
  • Perniagaan
  • Sains dan teknologi
  • Seni dan budaya
  • Quran
  • Media
  • Selebriti
  • Bintang sukan
  • Pelampau
Personaliti Malaysia yang diiktiraf pada tahun-tahun yang lalu dan sekali lagi dipaparkan adalah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Senarai Penuh 500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia



0 comment... add one now