Tarikh Baru Peperiksaan UPKK 2015 Bagi Subjek Yang Ditangguhkan

Tarikh Baru Peperiksaan UPKK 2015 Bagi Subjek Yang Ditangguhkan. Berikut adalah tarikh baru Peperiksaan UPKK bagi subjek yang ditangguhkan akibat jerebu sebelum ini yang dikongsikan dari FB Bahagian Kemajuan Islam - BKI. Tarikh baru bagi pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) ditetapkan pada 12 dan 13 Oktober ini.  

Bagi subjek Adab 1 (UPKK 04/01) dan Adab 11 (UPKK 04/02) yang dijadualkan pada hari Rabu 7 Oktober 2015 juga ditangguhkan ke hari lain menurut makluman BKI. Tarikh baru akan dimaklumkan kemudian.

Tarikh Baru UPKK 2015

Tarikh Baru Peperiksaan UPKK 2015 Bagi Subjek Yang Ditangguhkan

  1. Subjek Ulum Syariah (UPKK 02/01) - Isnin, 12 Oktober 2015 (2.30 hingga 4 petang)
  2. Subjek Sirah (UPKK 03/01) - Selasa, 13 Oktober 2015 (2.15 hingga 3.45 petang)
  3. Subjek Jawi dan Khat (UPKK 05/01) - Selasa, 13 Oktober 2015 (4.15 hingga 5.45 petang)
  4. Subjek Adab 1 (UPKK 04/01) - Khamis, 15 Oktober 2015 (2.15 hingga 3.45 petang)
  5. Subjek Adab 11 (UPKK 04/02) - Khamis, 15 Oktober 2015 (4.15 hingga 5.45 petang)
UPKK yang sebelum ini ditetapkan berlangsung awal minggu ini ditangguhkan ekoran pengumuman penutupan semua sekolah di Semenanjung kecuali Kelantan pada tarikh berkenaan oleh Kementerian Pendidikan berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk.


2 comments.. read them below or add one

abdurrohman abdurrohman 08 Oktober, 2015
terimakasih atas infonya gan....

Tanpa Nama Tanpa Nama 14 Januari, 2016
thanks for that info :P