Cara Buat Tuntutan Bayaran Balik Tiket Piala Sultan Selangor 2015

Lokasi Dan Tarikh Bayaran Balik Tiket Piala Sultan Selangor 2015. Ini adalah berita baik buat peminat bolasepak yang sudah membeli tiket perlawanan Piala Sultan Selangor 2015 yang dibatalkan minggu lalu, 24 Oktober 2015 akibat jerebu. Piala Sultan Selangor adalah perlawanan di antara pasukan Selangor dan Singapura.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola dan Pelaksana Piala Sultan Selangor, Tan Sri Abdul Karim Munisar berkata, mereka  boleh menuntut bayaran balik tiket mereka seperti ketetapan berikut :-

Cara Buat Tuntutan Bayaran Balik Tiket Piala Sultan Selangor 2015

  1. Bayaran balik boleh dituntut bermula 2 hingga 13 November 2015
  2. Lokasi tuntutan bayaran adalah di Hotel Quality Kuala Lumpur dari jam 10 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja. Lokasi dan alamat hotel, sila klik Hotel Quality
  3. Pembayaran semula tiket RM10 yang dibeli di kedai rantaian atau restoran Uncle K di SACC Mall Shah Alam, Stadium Shah Alam dan Quality Hotel Kuala Lumpur dikehendaki membawa tiket perlawanan sebagai bukti pembelian
Piala Sultan Selangor 2015




0 comment... add one now