Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2016

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam/ Kerajaan Bajet 2016. Berikut adalah jumlah dan tarikh bayaran bonus kakitangan awam atau pemberian khas kakitangan kerajaan seperti diumumkan dalam Bajet 2016 yang diumumkan pada Jumaat, 23 Oktober 2015. Juga dikongsikan tarikh dan jumlah pembayaran Bonus Hari Raya Aididlfirti 2016.

  • Terkini : 8 Jun 2016 - Kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan khas Aidilfitri 2016 sebanyak RM500 untuk kakitangan awam dan RM250 kepada pesara. Tarikh pembayaran bantuan khas Aidilfitri 2016 klik Bonus Raya 2016

Tarikh Dan Jumlah Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2016

Pemberian khas kepada Kakitangan Awam ini melibatkan peruntukan RM645 juta melibatkan pembayaran RM500 kepada seramai 1.6 juta kakitangan awam dan bayaran RM250 kepada 1 juta pesara.
  • Tarikh Pembayaran : 4 Januari 2016 (Isnin)
  • Jadual pembayaran gaji 2016 Kakitangan Kerajaan/Awam : Klik Gaji
bonus 2016

Jumlah Bayaran Bonus

  • Kakitangan awam - RM500
  • Pesara - RM250
bonus 2016

Faedah Lain Kakitangan Awam Bajet 2016

Selain pembayaran khas di atas,  kerajaan telah bersetuju untuk memberi faedah berikut untuk menghargai kakitangan awam :-
  1. Memberikan faedah pemindahan gaji bersamaan dengan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred yang akan memanfaatkan 1.6 juta kakitangan dengan peruntukan RM1.1 bilion;
  2. Menambah baik 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406 ribu penjawat awam;
  3. Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1,200 sebulan yang akan memanfaatkan 60,000 penjawat awam
  4. Menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan dan ianya melibatkan hampir 50,000 pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan
  5. Melantik tetap pegawai lantikan kontrak yang sudah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dan membawa manfaatan 10,000 pegawai kontrak
Pelaksanaan kesemua langkah ini berkuatkuasa pada 1 Julai 2016 dengan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion


1 comment... add one now

Tanpa Nama Tanpa Nama 07 Januari, 2016
Bayaran Bonus untuk PSH bila ye?