Tarikh Dan Tema Maal Hijrah 2016 / 1438H

Tarikh Dan Tema Maal Hijrah 2016 / 1438H. Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah? Berikut adalah tarikh dan tema Awal Muharam atau Maal Hijrah Tahun 2016 - 1438 Hijrah. 1 Muharram 1438H akan jatuh pada 2 Oktober 2016 iaitu Hari Ahad yang merupakan cuti umum kepada rakyat Malaysia.

Tarikh Maal Hijrah 2016 Malaysia 1438 Hijrah

Berikut dikongsikan maklumat penting sambutan Maal Hijrah 2016 bersamaan dengan 1438 Hijrah di Malaysia :-
 
  • Hari Ahad, 2 Oktober 2016
  • Sambutan Peringkat Kebangsaan di Taman Ekspo Agropertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor
  • Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan : Tun Dr. Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim - Pro Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Anugerah Khas Maal Hijrah 2016 : Allahyarham Datuk Dr Haron Din 
Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah

TEMA MAAL HIJRAH 2016

  • Tema Tahun 2016 - "Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah" 
Tema yang dipilih adalah bertepatan dengan usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat, hidup rukun dan harmoni serta penuh muhibah yang menjadi transformasi kepada kemakmuran negara Malaysia.
"Natijahnya ukhuwah Islamiah yang terbina berasaskan kepada iman dan taqwa akan menumbuhkan rasa persaudaraan, kasih sayang dan saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira status bangsa, agama dan fahaman politik.

Seorang penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan akan dipilih dan bakal menerima wang tunai RM100,000, pingat dan sijil penghargaan.
Berikut adalah tema Maal Hijrah sebelum ini :-
  • Tema Tahun 2015 - "Perpaduan Nadi Transformasi Negara"
  • Tema Tahun 2014 - "Perpaduan Nadi Transformasi Negara"
  • Tema Tahun 2013 -'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

Sempena dengan kedatangan tahun baru Islam 1438 Hijrah, berikut dikongsikan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah Dalam Rumi sebagai panduan kepada umat Islam semua. Anda boleh merujuk kepada Kalendar Islam untuk tarikh-tarikh penting dalam Islam sebagai rujukan dan panduan.

  • Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
  • Manakala Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Panduan Doa Awal Dan Akhir Tahun Hijrah klik SINI

Maal Hijrah 2016 Malaysia 1438 Hijrah

BULAN MUHARRAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. 

Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharam sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharam. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Salam Maal Hijrah 2016 / 1438H dengan tema "Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah".

0 comment... add one now